Wednesday, March 27, 2013

4 CARA MUDAH NAK ELAK BLOG KENA HACK


Isu blog kena hack bukanlah satu isu biasa dan banyak blog yang sudah digodam atas tujuan tertentu. Malaysia antara negara yang ramai pemilik blog yang banyak di hack. So, saya nak share la tips dan cara simple nak elak blog dari kena hack.

1. TUKAR KEPADA STRONG PASSWORD
- pastikan password email kita panjang.
- masukkan sekali huruf besar dan huruf kecik.
- masukkan nombor dan simbol.
- jangan masukkan nama atau maklumat orang mudah nak teka.

Contoh password yang lemah : nick1234
Contoh password yang kuat : nickbencioranghackedblog2018*9

2. SELALU TUKAR PASSWORD
Walaupun kita dah ubah password tu kepada password yang kuat, tapi ada jugak hacker yang boleh hack blog kita kalau diberikan masa yang cukup. So, selalu la tukar password kita, sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.

3. PILIH TWO-STEP VERIFICATION
Two-step verification ni tambahan keselamatan kepada akaun email kita. So, bila kita sign up untuk masukkan email dan password, kita akan dibawa ke satu lagi laman di mana kita kena masukkan kod yang dihantar ke handphone kita. Kalau ada orang nak hack blog kita, hacker tu perlu ada password dengan handphone kita sekali.




4. BUAT BACKUP BLOGSPOT
Kalau boleh buat backup ni setiap minggu, bergantung pada kekerapan kita update blog. Ada 5 cara kita boleh backup blog. Kita boleh guna Feed, Export Blog, Window Live Writer dan Httrack. Tapi yang ni saya nak share pasal backup blog dengan export function je. Sebelum blog kita kena hack, (mintak la dijauhkan) elok la download dan save blog kita dalam bentuk *.xml ke laptop kita sebagai backup. Sebab bila dah dihack, password blog kita akan ditukar dan kita dah tak boleh nak login. Caranya :




P/S : Kalau anda ada cara lain, boleh la tulis kat ruangan komen untuk reupdate :)



Sumber


No comments:

Post a Comment