Betulkah ada agenda besar tersebut? Berikut adalah
gambar Armando, paling kanan ketika dijemput menjadi pemantau BERSIH
oleh parti pembangkang. Siapa Armando? Apa kena mengena Armando dalam agenda
besar Anwar Ibrahim ini?
Seorang lagi dalang Anwar Ibrahim di Filipina
didedahkan. Namanya adalah Armando Valdez. Juga merupakan kroni kepada Joseph
Estrada. Siapa tidak kenal dengan Estrada yang sudah sekian lama menjadi rakan
intim Anwar Ibrahim.
Amado Valdez juga merupakan aktivis LawAsia yang
sering mendapat tajaan Konrad Adenauer Foundation (KAF). Siapa yang tidak kenal
dengan KAF, organisasi yang sering menaja Anwar di luar negara sejak 2004 lagi.
Tidak menghairankan mengapa Tian Chua dan Sivarasa begitu mudah akses ketika
pergi ke Filipina pada 7-9 Februari 2012.
Rupa-rupanya sudah ada operator SUARAM di sana. Buat
apa Tian Chua dan Sivarasa berada di sana? Apakah secara kebetulan pencerobohan
yang berlaku pada 9 Februari 2012 di Lahad Datu dengan pemergian Tian Chua dan
Sivarasa?
Mengapa 10 hari selepas pencerobohan, Tian Chua
menyatakan peristiwa Lahad Datu sebagai satu "diversion"? Kemudian
dalam KeadilanDaily, 1 Mac 2013, Tian Chua menyatakan apa yang berlaku di Lahad
Datu adalah sebagai satu sandiwara. Ini satu tuduhan yang amat berat sekali dan
tidak masuk akal.
Apakah pemergian Tian Chua ke Filipina tersebut adalah
salah satu rancangan untuk membuat keadaan yang tidak tenteram di Sabah. Apa
untungnya Sabah dan kepulauan Mindanao kepada Anwar dan kumpulan pembangkang di
Filipina?
Anwar merasakan jalan pintas untuk ke Putrajaya adalah
dengan mengenepikan 25 kerusi di Sabah daripada 222 kawasan parlimen. Bagaimana
kerusi itu boleh diketepikan? Hanya bertanding 197 kerusi sahaja?
Ya, begitulah andaian Anwar. Pilihan raya untuk 25 kerusi
di Sabah perlu digantung kerana arahan darurat akibat kacau bilau. Bila 25
kerusi dari Sabah tiada, Anwar merasakan peluangnya untuk ke Putrajaya lebih
cerah, sebab itulah dia sering nyanyi "Sabah nak hilang" (baca sini).
Tujuan Anwar adalah berkuasa di Putrajaya.
Apa pula untungnya Misuari, Estrada dan Kiram dalam
hal ini? Untuk mendapatkan kuasa di Filipina, kawasan selatan Filipina adalah
penting untuk dikuasai. Estrada sudah berada di pihak pembangkang, sama seperti
Anwar. Tujuan Estrada adalah mahu berkuasa di Filipina.
Operator untuk mengintimkan hubungan Anwar dan Estrada
di Filipina adalah Armando. Misuari sudah terbukti seorang gabenor yang gagal,
malah berasa tergugat bila perjanjian damai bangsa Moro berjaya diadakan dengan
insiatif Malaysia. Dendam masih membara untuk merebut kembali kuasa. Tujuan
Misuari adalah mahu berkuasa semula di selatan Filipina.
Oleh itu, siapa yang akan digunakan untuk mencapai
misi Anwar bagi membolehkan keadaan di Sabah boleh diisytiharkan sebagai
darurat? Kiram diambil kerana mahu menjustifikasikan tuntutan Sulu ke atas
Sabah. Padahal Kiram bukanlah keturunan waris Sultan Sulu yang diiktiraf oleh
FIlipina. Tujuan Kiram adalah mahukan kuasa.
Gabungan Anwar, Estrada, Misuari dan Kiram menjadikan
apa yang berlaku di Lahad Datu adalah satu agenda besar yang perlu dipandang
secara serius oleh rakyat Malaysia dan FIlipina. Hubungan dua buah negara
penting di ASEAN dirosakkan oleh beberapa individu yang mahu berkuasa mengikut
tujuan mereka sendiri. Kerana agenda peribadi, ramai anggota keselamatan negara
mati demi berjuang untuk ibu pertiwi. Tian Chua dan Anwar memang pengkhianat,
sudah terbukti.
~ sumber ~
No comments:
Post a Comment