Friday, March 15, 2013

AKHIRNYA! RAHSIA BESAR KONSPIRASI DI SABAH DIDEDAHKAN #LahadDatu

Sebelum ini kita didedahkan dengan kaitan pakatan pembangkang dan penceroboh-penceroboh di Sabah. Media Filipina mengaitkan pembangkang kerana parti itu mempunyai kepentingan politik untuk menjatuhkan kerajaan BN di Malaysia.


Ada dua perkara penting yang perlu kita lihat dan persoalkan. 



1. Berkemungkinan bahawa pelan asalnya ialah huru-hara di Malaysia akan menyebabkan rakyat marah kepada kerajaan BN akan tetapi pencerobohan yang berlaku di Sabah dilihat sebagai strategi ringleaders yang gagal memalukan kerajaan BN.

2. Malah kerajaan BN tidak goyah dan melakukan yang terbaik untuk memastikan mereka mengikuti piawai rundingan dan tindakbalas yang tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa termasuk Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu.

3. Tetapi apabila pihak penceroboh memerangkap pasukan keselamatan dengan bendera putih kononnya mahu menyerah diri dan akibatnya, 2 komando VAT 69 terkorban dek helah celaka penceroboh-penceroboh itu, dipercayai command and action nya berubah.



4. Sikap berhati-hati dan sabar kerajaan dan pasukan keselamatan disambut dengan tipu helah yang menyebabkan wira-wira negara kita terkorban dan rakyat tempatan berasa terancam.

5. Maka strategi awal ringleaders untuk hanya menimbulkan panik dan sensasi menjadi strategi yang memakan diri sendiri dan menyebabkan rakyat amat benci dengan pakatan pembangkang dan pemimpin-pemimpin yang didakwa terlibat di dalam percaturan jahat ini.

6. Pakatan pembangkang menjadi lebih parah apabila muncul suara-suara sumbang tahap mulut longkang yang memperlekeh-lekehkan pencerobohan di Sabah kononnya konspirasi atau wag the dog UMNO dan kerajaan BN.



7. Keceluparan mulut pemimpin pembangkang itu membangkitkan kemarahan setiap warganegara Malaysia yang patriotik dan cintakan keamanan.


8. Begitu juga dengan kenyataan dangkal Nurul Izzah yang memperlekeh-lekehkan anggota keselamatan sebelum ini. Lihat video di bawah :


8. Strategy gone disastrously wrong. Huru hara dan sensasi pencerobohan menjadi medan pertempuran dan kematian manakala pemimpin pembangkang memperbodoh-bodohkan diri sendiri, dua kombinasi yang bakal menjatuhkan pakatan pembangkang di PRU13 nanti.

9. Dan mengapa Sabah? Mengapa orang Sulu dilibatkan dalam kancah ini? 

10. Yang paling penting sekali, jika strategi huru-hara dan sensasi diakhiri dengan mereka pulang kembali ke perairan Mindanao dan Sulu tanpa pertempuran seperti hari ini, siapakah orang pertama yang akan melompat menjadi orang tengah kononnya akan menjanjikan penyelesaian untuk orang Sulu dan Jamalul Kiram III jika orang ini diberi kuasa politik?


11. Dari segi political mileage, beliau ini akan dianggap hero oleh kaum ini di Sabah itu sendiri. 


12.  Terbukti bahawa BN tidak perlu mencipta konspirasi pencerobohan di Sabah kerana selama ini pun, kaum ini tidak dipinggirkan di Sabah. Malah, Tuan Yang Terutama Sabah, Tun Haji Juhar Haji Mahiruddin juga daripada kaum ini.


13. YB. Senator Datuk Hajjah Armani Haji Mahiruddin, bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Malaysia dan Allahyarham Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan (Tawau) juga berasal dari kaum ini. Pokoknya, kaum ini menikmati pembangunan dan mempunyai wakil-wakil rakyat yang mewakili mereka di negeri Sabah.



14. Selain daripada nama Suluk, kaum ini juga disebut sebagai Tausug yang membawa maksud "Orang dari Sulu". Suluk di Negeri Sabah tertumpu di kawasan Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Kudat dan Kota Kinabalu.



15. Malah, difahamkan bahawa jumlah pengundi Suluk di Sabah adalah seramai 58,808 orang dan tertumpu di hot seats pilihanraya seperti Sandakan (20,772), Semporna (2,871) dan Tawau (8,886)



16. Jumlah pengundi yang tinggi di kawasan-kawasan hot seatsini adalah aset yang sangat penting untuk memastikan kemenangan parti yang bertanding dan selama ini, Barisan Nasional (BN) adalah pilihan utama kaum ini.



17. Dan pakatan pembangkang sangat mengidamkan kerusi-kerusi wakil rakyat di Sabah tetapi tidak mungkin akan dapat mengubah senario sokongan kaum ini kepada BN secara drastik dan impak yang besar dengan hanya berceramah dan menarik pemimpin-pemimpin Sabah yang hampir senja dan kecewa dengan kerajaan BN Sabah.



18. Maka timbul perkara kedua iaitu wujudnya anasir jahat yang sengaja mahu menimbulkan rasa marah kaum ini terhadap kerajaan BN dan pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu adalah salah satu daripada modus operandi anasir jahat ini.



19. Setiausaha Persatuan Rumpun Etnik Suluk Sabah ( PRESS ), Mohd Zaki Harry Susanto telah memberi contoh iaitu seorang saudara adalah orang Suluk warganegara Malaysia. Seorang anaknya berkahwin dengan keluarga Kiram. Apabila peristiwa Lahad Datu berlaku, dia kata itu bagus kalau Sabah diambil balik oleh Sultan Sulu. Dia tanya kenapa? Saudaranya cakap baguslah sebab mereka kan Suluk. Ini negeri mereka punya, kalau Sultan Sulu ambil senanglah kita, bangsa mereka memerintah.



20. Zaki membidas dengan berkata cakap negeri ini bukan mereka punya, bukan milik mana-mana kaum, ini milik bersama. Kalau mahu hidup bersama, buang persepsi itu.



21. Kenyataan Zaki ini memang benar dan merupakan moto rakyat Sabah sejak menyertai negara Malaysia pada 1963.





22. Media Filipina mengesahkan bahawa Jamalul Kiram III yang miskin dan mendapat bantuan kebajikan negara untuk dialisis itu di'goda' masuk ke dalam kancah pencerobohan ini.



23. Tambahan pula, difahamkan bahawa tidak mustahil bayaran pajak daripada Malaysia sangat menarik perhatian sehingga ada yang mengaku sultan. Bagi kita RM5,300 setahun tidaklah besar tetapi di selatan Filipina, jumlah itu sangat besar.



24. Tanpa upah sebanyak US600 seorang dan senjata api yang agak canggih, Kiram III tidak mungkin mampu atau termimpi mahu 'menakluk negeri Sabah'.



25. Juga difahamkan bahawa semasa menjadi pelarian politik dahulu, kerajaan Malaysia yang menerima Kiram III dan keluarga beliau. Tiada penindasan dan kezaliman daripada pihak kerajaan Malaysia tetapi layanan yang baik.



26. Sekarang wujud anasir jahat yang sponsor penceroboh-penceroboh tersebut. Dan timbul isu NGO dari Malaysia yang sponsor US2 juta untuk memastikan pencerobohan itu benar-benar berlaku. Dan the rest is history.



27. Mungkin ada di antara Suluk Sabah yang terguris dengan insiden pencerobohan di Sabah memandangkan kaitan keluarga, saudara-mara dan sebagainya. Mungkin juga ada yang berasa kekok kerana kesetiaan mereka kepada negara Malaysia dipersoalkan oleh sesetengah pihak yang sengaja mencurah minyak di api.



Namun diyakini, majoriti kaum Suluk atau Tausug Sabah tidak merasa kesan yang besar dek pencerobohan di Sabah ini.



Malah, diyakini kaum ini akan bertambah teguh bersama Barisan Nasional kerana permainan kotor pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang yang merosakkan keamanan negeri Sabah.

Sumber : Dr Mim


No comments:

Post a Comment