Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin berkata,
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan cenderung untuk mengikut telunjuk Amerika
Syarikat sekiranya pakatan pembangkang itu memenangi Pilihan Raya 2013 yang
akan berlangsung tidak lama lagi.
Menurut Daim, kecenderungan Anwar itu berdasarkan
beliau sendiri suka dikaitkan dengan kuasa-kuasa Barat seperti Eropah, Amerika
dan Australia.
“Jika beliau menjadi menteri kewangan sekali lagi atau
menjadi perdana menteri, beliau lebih cenderung mengikut Amerika,” kata Daim
dalam satu wawancara bersama New Straits Times yang disiarkan hari ini.
“Beliau suka dikaitkan dengan Eropah, Amerika dan
Australia. Beliau cuba dapatkan sokongan Australia untuk mengutuk pilihan raya
kita tidak adil. Beliau bercakap tentang Arab Spring tetapi bukan melalui
revolusi sebaliknya menerusi peti undi,” tambah beliau lagi.
Daim (gambar) juga berkata, Anwar telah memberitahu
seluruh dunia bahawa beliau dan pakatan pembangkang akan menang kali ini, dan
jika kalah, ia akan menyalahkan kerajaan dan gerombolan perusuh akan ke jalanan
untuk menunjuk perasaan.
“Beliau janji nak bentuk kerajaan pada September 2008,
semua orang gementar dan ramai yang percaya. Itu gaya beliau, hanya cakap dan
berjanji. Sekarang beliau beritahu dunia beliau akan menang.
“Jika pakatan kalah, ia disebabkan amalan yang tidak
adil dan gerombolan perusuh akan menunjuk perasaan,” katanya.
Bekas menteri kewangan itu berkata, cita-cita peribadi
bekas timbalan perdana menteri itu mengatasi segalanya sehingga tidak kisah
mengorbankan keamanan dan kestabilan negara.
“Bolehkah anda bayangkan jika Pakatan tidak berjaya ke
Putrajaya? Beliau akan terus mendakwa berlaku penipuan dan cuba membawa Arab
Spring ke sini, menghasut rakyat di bawah Barisan Nasional (BN), undi mereka
dicuri dan terpaksa merusuh di jalanan untuk mendapatkan undi mereka.
“Ini akan menimbulkan huru-hara dan beliau tidak
peduli kerana cita-citanya mengatasi segala pertimbangan, Pakatan pun tidak
peduli kerana mereka di pihak yang sama,” kata Daim lagi.
Daim pernah menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1984
dan meletak jawatan pada tahun 1991, sebelum digantikan Anwar, kemudian selepas
timbalan perdana menteri itu dipecat, Daim sekali lagi menjadi Menteri Kewangan
dari 1998 hingga tahun 2001.
sumber
No comments:
Post a Comment