Yuktes
Vijay bertanda bulat
Yuktes
Vijay – Saya membaca dengan marah apabila membaca berita
kemasukan bapa Saiful ke dalam PKR. Saya sudah tahu dari awal lagi
bahawa parti tersebut tidak mempunyai integriti tetapi berita terkini
ini jelas menjatuhkan lagi kredibiliti parti itu.
Saya
pernah bekerja dengan barisan peguam Anwar sepanjang kes Sodomi 2 dan
terlibat dari A-Z dalam perbicaraan tersebut.
Apabila
saya kata dari A-Z bermaksud dari mesyuarat dengan pakar forensik dan
DNA seterusnya mengkaji dokumen-dokumen kes undang-undang untuk
hujahan. Saya terlibat dalam keseluruhan proses. Saya tidak berhasrat
untuk menamakan peguam tersebut kerana saya sangat memujanya sebagai
mentor saya dan tidak mahu beliau diheret ke dalam kancah kekecewaan
dan kemarahan saya ini.
Kenapa
Anwar tidak memberi keterangan ?
Anwar
sentiasa mendakwa bahawa beliau tidak dibicarakan secara adil.
Kebenaran sebenar adalah beliau tidak pernah mempunyai keberanian
untuk memberi keterangan dari kandang saksi. Beliau tidak akan mampu
menahan segala soalan yang akan dilontarkan oleh Datuk Yusoff
(pendakwaraya) yang kini berpaling menjadi sekutu beliau. Sekiranya
penyokong-penyokong Pakatan merasa sangsi, kenapa tidak cuba
bertanyakan soalan-soalan berikut dan dapatkan jawapan sebenar, boleh
diterima pakai dan tidak dipersoalkan logik jawapannya.
*
Kenapa Anwar secara peribadi dan spesifik meminta Ketua Kakitangan
beliau, Ibrahim Yaakob supaya menghantar Saiful ke pagsapuri tersebut
bersama dokumen-dokumen padahal ada kakitangan lain yang boleh ke
sana;
*
Bagaimana Saiful mengetahui kod untuk memasuki pangsapuri tersebut
iaitu “Mokhtar,” nama ketua pegawai keselamatan dan juga adik
ipar kepada Anwar?;
*
Keterangan video yang dihantar ke makmal-makmal Gandhi di New Delhi
mengesahkan kehadiran Saiful di dalam pangsapuri tersebut, jadi
kenapa kehadiran Saiful di pangsapuri itu dipertikaikan;
*
Kenapa Saiful diberikan keistimewaan; diberikan bilik khas,
keistimewaan untuk mengiringi Anwar ke luar negara sedangkan beliau
adalah seorang kakitangan baru;
*
Pembantu Anwar terbaru, Najwan Halimi sebelum ini pernah menghantar
emel kepada Anwar dan memberitahu kecenderungan Saiful terhadap BN.
Kenapa perkara ini tidak diendahkan oleh Anwar?
Pasukan
pembelaan Anwar sedar bahawa Anwar tidak akan dapat menahan segala
serangan oleh pihak pendakwaan, maka, mereka membuat keputusan agar
Anwar tidak memberi keterangan dari kandang saksi dengan memberi
alasan bahawa beliau tidak diberikan perbicaraan yang adil. Anwar
berjaya memperdaya, menipu dan membohongi rakyat dengan lagaknya
seperti Mandela. Beliau bukannya Mandela, malahan hanya seorang
penipu yang bijak.
Dana
untuk pakar-pakar luar negara
Faktor
yang sangat mengejutkan di sini adalah tidak ada sesiapa pun yang
mempertikaikan yuran untuk membayar pakar forensik, Dr Brian
Macdonald dan Dr David Wells. Ramai yang tidak menyedari bahawa
mereka telah dibayar upah yang sangat tinggi untuk membela Anwar.
Sewaktu mereka berada di sini, mereka menginap di Hotel Shang-ri La
selama beberapa hari.
Dari
manakah sumber kewangan untuk membayar penginapan tersebut ? Adakah
Anwar yang membayar dengan duit poket beliau sendiri? Tidak, malahan
beliau juga tidak membayar yuran guaman peguam-peguam beliau.
Sebenarnya,
ada Datuk-Datuk yang kaya yang membiayai Anwar Ibrahim. Saya tahu
nama Datuk tersebut, tetapi atas sebab peribadi saya tidak akan
menyatakan namanya.
Masalahnya
sekarang jika PKR boleh mempertikaikan pembelanjaan perkahwinan anak
Perdana Menteri, kenapa tidak dipersoalkan dana untuk membayar
pakar-pakar luar negara tersebut ? Sekiranya seorang bekas banduan
dan ketua pembangkang ada Datuk-Datuk untuk membiayai kos guamannya,
apa salahnya jika ada Datuk-datuk yang membiayai perkahwinan anak PM
?
Saiful
Saya
tidak tahu banyak perkara tentang Saiful. Apa yang saya boleh katakan
di sini, dia tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya hanya kerana
pegawai penyiasat, Jude Perreira mengabaikan protokol Jabatan Kimia
dan menjalankan tugas mengikut cara beliau sendiri.
Kesan
DNA Anwar ada dalam rektum dia (Saiful). Apa yang menghalang hakim
untuk mensabitkan Anwar adalah kerana wujudnya pecahan dalam rantaian
keterangan “break
in the chain of evidence.”
Saya akan menulis berkenaan isu ini dalam masa terdekat. Drama ini
perlu dijelaskan dalam satu penulisan yang lengkap.
Secara
ringkasnya, wujud keterangan yang membuktikan kewujudan air mani
Anwar dalam rektum Saiful. Namun, kerana putusnya rantaian keterangan
dan juga kesangsian atas integriti sampel, keterangan tersebut tidak
digunakan.
Oleh
itu, hakim tidak ada jalan untuk mengesahkan keterangan Saiful.
Kesimpulan
Anwar
adalah seorang penipu tegar. Beliau mempergunakan bapa Saiful untuk
meraih undi. Kita semua sedia maklum, setelah beliau dibebaskan,
beliau sudah hilang sedikit ‘tarikan’ kerana beliau sudah tidak
ada apa untuk disuarakan lagi. Saya benar-benar berharap agar beliau
menyaman saya supaya saya dapat membuktikan apa yang telah saya
sebutkan di sini.
Ingat
Anwar Ibrahim, saya membesar dengan memujamu. Saya tahu modus
operandi kamu dan saya juga pernah bercita-cita untuk menjadi seperti
kamu. Biar semua orang melihat Anwar Vs Anwar Klon (saya) beraksi.
Ingat lagi semua emel-emel, Astroboy? Saya ada semua. Saya cabar
kamu!
Penulis,
bekas Anwarista terlibat dalam kes Sodomi 2 Anwar sebagai salah
seorang peguambela
Kenyataan Yuktes buatkan Anwar terkedu mata terbeliak macam AYAM BERAK KAPUR, macam tengah teran TAHIK SEMBELIT,macam ANJING MENGELUPUR tertelan kapur barus sebab tembelang dan bocor. Yuktes bukan sembarangan org, beliau telah dedahkan secara detail siapa Anwar anak Ibrahim dan apa kemungkaràn yg telah dilakukan. Kali ini Anwar tak bolih fitnahyg Yuktes telah dibayar olih UMNO kerana Yuktes telah bersama Anwar sangat lama dan mengkaji siapa makhluk ini sebenarnya. Kalau Yuktes yg jauh lebih juniur dari Sivarasa bolih ternampak pembohong Anwar adalah mustahil Sivarasa dan beberapa ekor peguam tak nampak. Kepada yuktes teruskan pencarian anda dan dedahkan kpd rakyat Malaysia. Kpd yg tua tua biarkan mereka habiskan sisa hidup mereka bersama Anwar seperti P Bala!
ReplyDelete