HARI POLIS KE 206 : JATUHNYA AIR MATA TERKENANG
RAKAN SEPERJUANGAN
Air mata gugur kerana
terkenang rakan seperjuangan gugur dimedan perang kerana mempertahanankan
kedaulatan negara. Inilah harga yang perlu dibayar oleh anggota keselamatan
kita.Namun ada jugak politikus sanggup mengatakan ini semua drama.
Mungkin pada mereka
nyawa itu tidak bernilai jika yang mati itu melayu. Contoh nyata apabila teoh
beng hock mati mereka sanggup memaki anggota keselamatan kerana mempertahankan
seorang yang berbangsa cina. Bukan MKP nak bermain sikap rasis akan tetapi
semua ini terbukti dan kita semua tahu akan kisah kematian teoh beng hock
dibela oleh DAP.
Sejarah pengorbanan
ini perlu dikenang supaya generasi baru mengerti perjuangan dalam usaha
mengekalkan ketenteraman menuntut harga yang amat mahal.
Peristiwa Bukit Kepong
contohnya antara rentetan sejarah silam yang dikenang sebagai kisah keberanian
dan kegigihan anggota PDRM dalam mendaulatkan ketenteraman negara.
Tanpa usaha yang
sewajarnya peristiwa pengorbanan wira-wira yang tidak didendang ini pastinya
akan terkubur.
Menyelami sejarah
silam ini, antara peristiwa yang menarik untuk diingati, misalnya peristiwa
pertempuran di Chan Wing Estate, Bekok, Johor pada 15 Oktober 1950, selepas
tujuh bulan peristiwa Balai Polis Bukit Kepong diserang sekumpulan pengganas
komunis yang diketuai Mat Indera pada 23 Februari 1950.
Dalam pertempuran itu,
lapan anggota polis terkorban terdiri daripada seorang koperal, lima konstabel
dan dua konstabel tambahan.
Dalam tempoh 12 tahun
pengisytiharan darurat iaitu pada 12 Februari 1949, komunis menyerang Jelebu,
Negeri Sembilan yang menyebabkan 15 anggota polis terkorban.
Serangan itu juga
hampir menyamai kejadian di Jalan Kroh-Betong, Perak pada 17 Jun 1968 apabila
17 anggota polis yang masih baru dalam pasukan Batalion 1 pasukan Polis Hutan
atau kini Pasukan Gerakan Am gugur akibat diserang hendap komunis.
Sejarah penentangan
pengganas komunis juga mencatatkan pada 28 April 1950 di Harbourough Estet,
Sungkai Perak dengan lapan anggota polis terkorban akibat serang hendap
komunis.
Selain itu, pada 22
Januari 1950 pertempuran di Sungai Bakap, Pulau Pinang, sembilan anggota
keselamatan terkorban.
Pada 10 Januari 1952,
di Batu 31 ½ , Jalan Degong, Kampar, Perak, sembilan anggota polis terkorban
akibat pertempuran dengan komunis.
Pertempuran dengan
pengganas komunis juga berlaku di Air Keroh, Melaka Tengah, Melaka pada 18 Ogos
1951 dan enam anggota polis terkorban.
Peristiwa di Kuala
Krai, Kelantan, pada 3 April 1952 pula, seramai enam anggota polis terkorban,
manakala dalam kejadian di Keramat Pulai Tin Mine, pada 2 Jun 1952, mencatatkan
seramai lapan anggota polis terkorban.
~ sumber ~
~ sumber ~
No comments:
Post a Comment