Sebuah kapal perang Amerika Syarikat, USS Guardian
telah terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata di Laut Sulu pada 17
Januari lalu, iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11
Februari 2013.
Persoalan besarnya, dengan segala kelengkapan terkini
dan sistem radar yang canggih, bagaimana kapal itu boleh ‘tersangkut’ di
terumbu karang tersebut?
Lebih menimbulkan kemusykilan, dikatakan kapal perang
berkenaan sengaja belayar keluar dari laluan asalnya.
Untuk rekod, pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah
beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan
menghampiri kawasan terumbu karang itu.
Tetapi bagaikan dirancang, USS Guardian tetap
meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti.
Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan
berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri
kawasan terumbu karang berkenaan.
Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut
telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak
dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina
“ The question is, Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,”
USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di
kawasan terumbu berkenaan.
Ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba
menghampiri kapal tersebut, mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia
untuk menembak pihak marin Filipina.
“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”
Yang menjadi lebih pelik dan ajaib, kapal perang
tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara
tergesa-gesa.
Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang
mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang.
Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat
banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan
memunggah barang-barang.
Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia.
Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina, kenapa
anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling
hampir sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.
Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai,
Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu
Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak
yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III.
Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki
berkulit putih di dalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk
ke Sabah.
Amerika Syarikat kini boleh memberikan apa saja alasan
mereka…kapal tersangkutlah, demi rahsia kapal terpaksa dimusnahkanlah atau apa
saja untuk mengjustifikasikan perkara tersebut.
Tetapi sebagai rakyat yang sedang tertanya-tanya di
mana pengganas militan Sulu boleh mempunyai kelengkapan kenteraan yang canggih,
persoalan ini akan terus berlegar-legar dalam pemikiran kita.
Kita pun tahu siapa Amerika yang sebenarnya, kita pun
tahu peranan agensi perisikan mereka CIA yang ‘terkenal’ dalam bab
melaga-lagakan sesebuah negara.
Jadi rasanya tidak salah kalau kita merasakan bahawa
ada ‘sesuatu’ di balik kehadiran misteri kapal USS Guardian di Laut Sulu itu.
Dan percayalah, kita tidak akan terperanjat kalau
mereka rupanya dalang yang membekalkan peralatan dan persenjataan kepada
pengganas militan ini.
Mungkin kita salah, tetapi kita juga mungkin benar.
Yang pasti banyak perkara misteri di sebalik
kemalangan yang menimpa kapal USS Guardian ini…hanya masa saja yang akan
menentukan, bila segala persoalan tersebut akan terjawab!
No comments:
Post a Comment