'Au zubillah himinashsyaitan
nirrajim..bismilla hirrahmannirrahi m'
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada
syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda
memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan
syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan
berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat
di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad..) sebanyak
3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan
dengan membaca bismillah... . Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya
tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada
akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi
salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi
bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir
solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda
Nabi Muhammad sa.w:
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu
ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka
menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa
sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan
dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang
dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan
diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari..
Sabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas
sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di
dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat
akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu
menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara
Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari
sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya
mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali
mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa
Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang
dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca
surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran...
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana
ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa
Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke
langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh
antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat
padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas
dari timur hingga ke barat.Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000
malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah
tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan
kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya
lelaki mahupun perempuan...
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,
sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad
tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis
pada sayap malaikat Israfil a.s.
Siapa membaca surah Fatihah,
al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat
jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke
jumaat yang berikiutnya. .
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas,
al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
~ credit for Hasnah Che Ismail ~
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas,
al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
~ credit for Hasnah Che Ismail ~
No comments:
Post a Comment