Aku tak tau
nak mula macamana bila baca kenyataan Anwar berhubung dakwaan akhbar manila
times dan reuters..
Anwar kata
media media Umno/BN tulis dia jumpa dengan sultan sulu...hahaha..Nampak tak
putar belit Anwar kali ni..Dia tuduh semua media, blogger pro kerajaan tak reti
beza antara misuari dengan sultan sulu..Takdak satu pun media ataupun blogger
pro kerajaan tulis Anwar jumpa Sultan Sulu.. Semua tulis gambar Anwar dengan
Misuari..
Kalau la aku
ada kat situ, nak ja aku bagitau kat dia, ingat blogger blogger pro kerajaan ni
bodoh macam blogger cacai pakatan ka.. Beza MILF dan MNLF pun blogger cacai tak
tau.. 2 hari lepas lidah bewak rasmi Pas kata Ebrahim Murad Al Haj yang
tandatangan proses pendamaian adalah sultan sulu.. Padahal itulah pemimpin MILF
yang bersungguh sungguh mahukan pendamaian antara bangsamoro dan kerajaan
Filipina hasil daripada kerjasama kerajaan malaysia..
Bukan macam
misuari pemimpin MNLF yang lebih cenderung kearah kekerasan dan peperangan
seperti apa yang terjadi di Lahad Datu sekarang.
Persoalan
yang anwar tak mampu jelaskan setakat ini adalah intipati perjumpaan beliau
dengan Misuari.. Kenapa masih merahsiakan?? Apa janji Anwar kepada Misuari
(wakil sultan sulu) kalau pakatan berjaya kuasai sabah?? Pekara ini anwar perlu
jelaskan dahulu seperti apa yang didakwa dalam portal Filipina..
Kalau lihat
artikel aku pagi tadi, Anwar dah sebut Sabah akan hilang dalam setiap
ceramahnya semalam 4 bulan berturut turut dari bulan Disember hingga kini.. Malah
sewaktu Jelajah pakatan di Sabah, Anwar juga menyebut untuk merdekakan Sabah..
Apakah
maksud Anwar untuk merdekakan Sabah dulu telah berlaku di Lahad Datu sekarang??
Setelah bertegas dan menafikan pembabitannya dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, beliau tidak pernah bertemu dengan Sultan Sulu, Sultan Roodinood Julaspi Kiram. "Jika pernah bertemu pun apa masalahnya?" ujar Anwar pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di sini, hari ini.Mengulas mengenai perkembangan semasa di Lahad Datu, Anwar menyifatkan tindakan kerajaan segera menggunakan seluruh kekuatan yang ada dengan menurunkan pasukan tentera dan polis selaras dengan desakan perikatan pembangkang itu semalam. "Kami tidak menentang Sulu tetapi kami menentang sekumpulan penceroboh yang bersenjata," tegas Anwar lagi. Menurut Ketua Umum PKR itu, pihaknya tetap mahukan rundingan meja bulat antara Pakatan Rakyat (PR), Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) diadakan bagi membincangkan insiden yang sudah meragut lapan nyawa satria negara. "Setakat ini mereka belum ada jawapan, biasalah," kata Anwar. Anwar juga memberitahu, beliau telah ditawarkan satu wawancara khas bersama Filipina 'Inquirer News' setelah pemimpin pembangkang itu membuat penafian berhubung pembabitan dan pertemuannya dengan Sultan Sulu. "Tawaran menemuduga saya itu berlaku pagi tadi. "Dia prihatin kerana saya nafi saya jumpa Sultan Sulu kerana gambar mereka keluar itu sama ada saya jumpa Misuari kerana dia ingat gambar itu adalah Sultan Sulu," ujar Anwar lagi. Tambahnya, media yang bebas dan mahu mengimbangi pemberitaan mereka malangnya tidak berlaku di Malaysia sepertimana di TV3 dan Utusan Malaysia. TV3 dan Utusan berhadapan saman masing-masing RM100 juta jika gagal mengemukakan permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan Anwar dalang insiden di Lahad Datu.
No comments:
Post a Comment