Pemberian
kad pengenalan biru kepada warga asing di Sabah yang didakwa berlaku pada
1990-an dipercayai dibuat secara terancang oleh sindiket yang bermotifkan
keuntungan semata-mata.
Perkara itu
didedahkan Pegawai Turus Bahagian Perlindungan Keselamatan, Cawangan Khas Bukit
Aman, Superintendan Ahmad Fauzan Muhammad kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja
(RCI) Pendatang Asing di Sabah di sini, semalam.
Beliau
pernah ditugaskan menyiasat dan membuat penilaian mengenai kes itu ketika
bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman dari 1995 hingga 2001.
“Siasatan
dan penilaian bukan bermotif politik tetapi lebih kepada aspek pengeluaran kad
pengenalan kerana membabitkan keselamatan negara,” Superintendan Ahmad Fauzan
Muhammad, Pegawai Turus Bahagian Perlindungan Keselamatan
Ahmad Fauzan
mendakwa individu terbabit dengan sindiket itu menerima bayaran antara RM50 dan
RM1,400 bagi satu kad pengenalan dengan keuntungan keseluruhan sindiket lebih
RM11 juta.
“Menerusi
siasatan dan penilaian, saya dapati kegiatan itu dibuat secara teratur dan
bersindiket. Dalangnya terdiri daripada pegawai Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN) dan orang persendirian.
“Siasatan
dan penilaian bukan bermotif politik tetapi lebih kepada aspek pengeluaran kad
pengenalan kerana membabitkan keselamatan negara,” katanya.
Beliau
adalah saksi ke-56 memberi keterangan di hadapan Pengerusi RCI, Tan Sri Steve
Shim Lip Kiong dan empat ahli suruhanjaya di Mahkamah Persekutuan Kota
Kinabalu.
Ahmad Fauzan
berkata, berikutan penemuan itu, 94 individu termasuk dua bekas Pengarah JPN
Sabah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), manakala 3,035
penerima kad pengenalan ditahan antara 1995 hingga 2001.
Sementara
itu, saksi ke-57, iaitu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat JPN
Putrajaya, Laila Abdul Majid berkata, seramai 66,682 warga asing diberi taraf
warga negara di Sabah sehingga Oktober tahun lalu.
Daripada
jumlah itu katanya, seramai 65,961 mendapat kad pengenalan biru, manakala
selebihnya dikenal pasti belum layak, termasuk belum mencapai umur 12 tahun.
sumber
No comments:
Post a Comment