Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, March 25, 2013

Tabung Memali Ghaib, Semuanya Konspirasi Tersusun UMNO?


Masih menyelongkar Peristiwa Memali yang menyayat hati, tetapi kali ini kita akan membongkar sedikit berkenaan Tabung Memali yang diwujudkan konon-kononnya mahu membantu balu dan anak-anak para "Syuhada" Memali. Namun dimaklumkan selepas hampir 27 tahun peristiwa itu, tiada sebarang bantuan diberikan kepada mangsa peristiwa ini.

Tuntuan Tabung Memali ini pernah dibangkitkan Zainon bin Ismail atau dikenali sebagai Cikgu Non yang menuntut agar derma yang disalurkan kepada Tabung Memali diberikan kepada mangsa peristiwa itu, namun tuntutan Cikgu Non itu tidak diendahkan, malah Cikgu Non turut dipecat kerana membangkitkan isu ini (Maklumat lanjut mengenai ini, sila rujuk di sini, di sini, di sini, di sini dan di sini)

Mari kita bersama-sama mendengar hujah Cikgu Non, bekas Exco Pemuda PAS yang menulis buku "Mat Sabu, Air Mata Di Bumi Memali" ini.






Aku tidak minat mengulas panjang, anda boleh menilai sendiri. Cuma sebelum Wak akhiri Wak ingin tinggalkan persoalan kepada anda semua; Dimanakah letaknya Negara Berkebajikan PAS seandainya nasib mangsa dan balu para "Syuhada" Memali juga tidak mampu dibela oleh PAS? Wak rasa sudah boleh dibangkulsampahkan sahaja ideologi Negara Berkebajikan PAS itu!

~ sumber ~
megat panjialam at Monday, March 25, 2013
Share

No comments:

Post a Comment

‹
›
Home
View web version

Hidup Hanya Sekadar Menumpang

megat panjialam
View my complete profile
Powered by Blogger.