Sebelum ini, admin ada mengeluarkan artikel berhubung penyiaran status facebook milik Nur Misuari yang menggambarkan keperduliannya terhadap perkembangan terkini Anwar Ibrahim (KLIK SINI).
Sungguhpun begitu, sebaik sahaja pengongsian status itu dapat dihidu media, melalui tinjauan semula yang dilakukan Mazidul Akmal Sidik ke atas pages itu mendapati status itu telahpun DIPADAM!!! (KLIK SINI).
Persoalannya, kenapa ia dipadam?
Apakah Nur Misuari mahu menafikan sekali lagi penglibatan (insiden Lahad Datu) dan hubungan rapatnya dengan Anwar Ibrahim sepertimana yang dilapor kebanyakan media luar seperti Reuters dan The Manila Times?
Sekiranya Nur Misuari benar tiada sebarang kaitan dengan Anwar Ibrahim, bagaimana pula dengan gambar di bawah? Adakah ianya juga satu konspirasi UMNO?
Lebih menambah kemusykilan admin, kenapa harus dipadam status berkenaan hanya setelah dihidu media Malaysia?
Pembaca boleh nampak ke permainan diorang ni?
No comments:
Post a Comment