Yuktes
Vijay adalah peguam yang terbabit secara langsung dalam Liwat II bagi
pihak Anwar Ibrahim.
Yuktes
berkerja dengan salah seorang peguam Anwar dan beliau melakukan semua
kerja-kerja penyelidikan dan mencari bahan untuk mempertahankan
Anwar.
Beliau
telah menghantar email ke sebuah portal berita menceritakan rasa
bosannya melihat sikap bermuka-muka Anwar dalam isu Liwat II.
Beliau
antaranya sangat kecewa kerana Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan
Rakyat (PKR) sanggup merendahkan diri ke tahap yang begitu hina
apabila mempergunakan bapa Saiful untuk faedah mereka.
Yuktes
memberitahu, ketika perbicaraan, Anwar sebenarnya gentar untuk
memberikan pengakuan dan bersoal-jawab di kandang saksi. Anwar
bimbang dengan soalan-soalan yang mungkin ditanya barisan
pendakwaraya.
Yuktes
turut melontarkan beberapa persoalan yang menghantui dirinya dan
mahukan para penyokong Pakatan Rakyat bertanya sendiri kepada Anwar
untuk mendapatkan jawapan.
Antaranya:
- Mengapa Anwar secara spesifik dan secara peribadi meminta Ketua Kakitangannya, Ibrahim Yaakob menghantar Saiful ke apartment (di mana liwat didakwa berlaku) membawa dokumen sedangkan ada kakitangan yang lain untuk berbuat demikian.
- Bagaimana Saiful tahu kod untuk masuk ke apartmen itu adalah Mokhtar, yakni nama Ketua Keselamatan dan adik ipar Anwar?
- Bukti video yang dihantar ke Makmal Ghandi di New Delhi mengesahkan kehadiran Saiful di apartmen berkenaan, jadi bagaimana kehadiran Saiful di sana boleh dipersoalkan?
- Mengapa Saiful diberikan layanan istimewa seperti bilik sendiri, keistimewaan untuk mengikuti Anwar dalam lawatan ke luar negara walaupun Saiful adalah kakitangan baru?
Pembantu
khas Anwar kini, Najwan Halimi pernah menghantar email kepada Anwar
memaklumkan kesetiaan dan sayangnya kepada Barisan Nasional (BN),
kenapa Anwar tidak pedulikan hal berkenaan?.
Menyedari
Anwar tidak mampu bertahan soalan-soalan bertalu daripada pihak
pendakwaraya, pasukan peguambela memutuskan untuk Anwar agar tidak
memberikan sebarang keterangan atas alasan beliau tidak diberikan
perbicaraan yang adil.
Anwar
berjaya dalam menipu (conning, deceiving and cheating) masyarakat
dengan membawa watak yang menyerupai Mandela (Nelson Mandela). Beliau
bukan Mandela, tetapi penipu yang hebat, katanya.
Peguam
berkenaan juga mempersoalkan siapa yang membayar satu jumlah yang
sangat besar kepada dua pakar luar negara iaitu Dr Brian Macdonald
dan Dr David Wells yang bercakap bagi pihak Anwar semasa perbicaraan.
Yuktes
kata beliau tahu identiti seseorang bergelar Datuk yang membayar
untuk semua perbelanjaan berkenaan yang bukan sedikit jumlahnya dan
Anwar tidak mengeluarkan satu sen pun duit beliau. Yuran guaman juga
dibayar oleh Datuk berkenaan katanya. Beliau walaupun mengetahui
siapa Datuk yang menampung semua perbelanjaan Anwar, pada peringkat
ini memilih untuk merahsiakannya.
“Masalahnya
ialah jika PKR boleh melontar soalan seperti siapa membiyai
perbelanjaan perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, mengapa
tidak persoalan dari mana jumlah wang yang besar untuk membayar
pakar-pakar berkenaan datang? Jika seorang bekas banduan yang sekadar
Ketua Pembangkang boleh menggunakan Datuk untuk membayar yuram
guamannya, apa salahnya kalau ada Datuk yang hendak bayar
perbelanjaan perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri,” soalnya
secara analogi.
Mengenai
Saiful
Berkaitan dengan mangsa liwat, Saiful pula, Yuktes tidak tahu banyak mengenai anak muda berkenaan.
“Satu
benda yang boleh saya katakan ialah beliau dinafikan keadilan akibat
Pengawai Penyiasat, Jude Perreira, mengabaikan protokol yang
diberitahu Jabatan Kimia kepada beliau dan kemudian memutuskan untuk
buat kerja ikut gaya sendiri.
“Memang
ada DNA Anwar dalam budur Saiful. Satu-satunya perkara yang
menghalang Hakim daripada mensabitkan Anwar adalah rantaian bukti
berkenaan terputus (akibat sikap bodoh pengawai penyiasat),”
katanya.
Peguam
berkenaan berulang kali menegaskan bahawa air mani Anwar ada dalam
bubur Saiful namun disebabkan rantaian bukti yang terputus serta
persoalan mengenai intergriti sampel yang diperoleh, bukti kukuh
berkenaan terpaksa diketepikan.
Peguam
berkenaan bagaimanapun berjanji akan menulis lebih lanjut dan lebih
menyeluruh mengenai isu penolakan bukti yang kukuh berkenaan dalam
email yang akan datang.
APA
YANG MENARIK….PEGUAM ITU MAHUKAN ANWAR MENYAMANNYA ATAS PENDEDAHAN
BERHUBUNG LIWAT II…DIA BERKATA DIA TIDAK SABAR UNTUK BERTEMU ANWAR
DI MAHKAMAH BERHUBUNG ISU INI.
Sumber : KLPOS
No comments:
Post a Comment