Setelah terdedah pendalangan pembangkang dalam
insiden Lahad Datu, tentulah pelik sekali jika masih ada rakyat Sabah yang
memilih pembangkang dalam Pilihanraya kali ini. Di tambah lagi apabila semua orang boleh
melihat sendiri bagaimana pembangkang, terutamanya Anwar Ibrahim langsung tidak
mengecam pihak Sulu setiap kali merujuk kepada insiden tersebut, tetapi hanya
mengutuk kerajaan dan pasukan keselamatan negara. Nampak jelas, yang Anwar cuba menjaga hati
pihak Sulu dan juga MNLF.
Tetapi, di masa yang sama, pembangkang
langsung tidak menjaga hati anggota-anggota keselamatan negara mahupun keluarga
mereka-mereka yang terkorban. Malah,
pembangkang menuduh semuanya sebagai sandiwara, mempertikai kedudukan syahid
mereka, malah tidak kurang juga penyokong pembangkang yang mentertawa dan
menghina wira-wira negara itu.
Sikap tidak sensitif, tidak patriotik dan
pengkhianatan pembangkang terhadap Sabah, dan Malaysia khasnya, menyebabkan
peluang mereka untuk bertapak di negeri itu hancur sama sekali.
Maka, tumpuan pembangkang pantas beralih
kepada Sarawak pula.
Justeru, terbitlah sebuah ‘filem pendek’ baru
di Youtube, lakonan sepupu Taib Mahmud, Norlia dan Fatimah Rahman yang telah
lama menyimpan dendam terhadap Ketua Menteri itu.
Video tersebut berkisar perbincangan antara
kedua mereka dengan ‘pelabur’ dan ‘peguam’ mengenai cadangan pelaburan melalui
‘jalan belakang’ iaitu secara tidak telus, tanpa mengikut prosedur tetapi hanya
melalui ahli keluarga Taib Mahmud terus kepada Taib Mahmud. Kononnya untuk memperlihatkan kepada dunia,
betapa korupnya Taib Mahmud.
Melihat dari gerak laku, skrip, tempat dan
watak-watak terbabit, kesahehan video tersebut yang kononnya diambil secara
‘candid’ atau tidak disedari, amatlah meragukan. Malah, jelas sekali bahawa ianya telah
dirakam dengan sengaja dan semua pihak yang terbabit di dalamnya sedia maklum
mengenai rakaman tersebut.
Ini tentulah tidak mengejutkan kerana seperti
yang dikatakan tadi, sepupu Taib Mahmud itu mempunyai dendam lama yang belum
berbalas terhadap Taib Mahmud. Dendam
bermula apabila 30% dari konsesi balak bapa mereka, Rahman Yakub, telah
dibatalkan sejurus selepas Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri pada 1981. Alasan Taib Mahmud, bapa mereka telah
mengamalkan nepotisme secara kronik di mana lesen pembalakan telah
dianugerahkan kepada diri sendiri dan sanak keluarga terdekatnya sahaja.
Perbalahan dalam keluarga ini menjadi parah
apabila Rahman Yaakub disingkirkan dari jawatan Yang diPertua Negeri pada tahun
1985. Beliau kemudian melancarkan
serangan balas terhadap Taib Mahmud pada tahun 1987 melalui apa yang dipanggil
‘Ming Court Affair 1987’ dengan mengumpul tandatangan bagi mengusulkan undi
tidak percaya terhadap anak saudaranya.
Namun, beliau gagal apabila Taib Mahmud mengadakan pilihanraya secara
tiba-tiba dan menang. Walaupun kerusi
yang dimenangi Taib Mahmud adalah tipis iaitu 28 daripada 48, tetapi ia
bertambah kemudiannya apabila 8 lagi ADUN menyertainya.
Justeru, dendam keluarga Rahman terhadap Taib
Mahmud terus membara dan diwarisi oleh anak-anaknya.
Jika ini belum cukup untuk membuktikan bahawa
video tersebut merupakan lakonan semata-mata, maka suami Norlia iaitu, Justin
Jinggut mungkin mampu menjelaskan segala-galanya. Ini kerana Justin Jinggut adalah seorang yang
akrab dengan Anwar Ibrahim dan sedang melobi sakan untuk tempat yang tinggi di
dalam PKR sempena PRU ini.
Justin Jinggut adalah bekas Timbalan Presiden
SNAP dan pernah bertanding atas tiket BN pada tahun 1990 tetapi tewas kepada
Billy Abbit dari Bebas. Ditubuhkan pada
1961, SNAP pernah menjadi parti komponen Barisan Nasional Sarawak. Pendaftaran parti tersebut bagaimanapun,
telah dibatalkan pada 2002 berikutan gagal mematuhi notis ROS.
Sebagai Timbalan Presiden, Justin Jinggut
telah bertindak memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan ROS,
bagaimanapun ia ditolak Mahkamah Tinggi pada 15 September 2006. Pada 23 Jun 2010, Mahkamah Rayuan mengekalkan
pendaftaran parti itu selepas membenarkan rayuan Justin untuk mengetepikan
keputusan Mahkamah Tinggi.
Pada 21 Februari 2012 Mahkamah Persekutuan
memberi kebenaran ROS untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah
Rayuan. Bagaimanapun, keputusan kekal
bahawa pendaftaran SNAP terbatal.
Maka, tidak hairan jika Justin sanggup
melakukan apa saja untuk bertapak kembali di dalam politik dan isterinya pula
sudah tentu lebih dari bersedia untuk membantu apatah lagi dengan peluang untuk
membalas dendam yang telah lama membara terhadap sepupunya, Taib Mahmud.
Walaubagaimanapun, nampaknya dendam tetap
tidak terbalas kerana video berkenaan ternyata terlalu dangkal dan lemah
lakonannya.
No comments:
Post a Comment