Kebimbangan dan ketakutan Anwar Ibrahim kepada nama besar
yang menganggu fikirannya telah menjadi realiti apabila sahaja nama Dr. Mazlan
Ismail dengan latar belakang yang hebat dinamakan sebagai calon BN untuk
mencabarnya di kubu kebalnya Permatang Pauh.
Di sebalik menampikan sindrom penafiannya, Anwar Ibrahim
sekarang sedang membaca talkin untuk dirinya sendiri. Dia telah membaca tulisan
di tembok "Matilah Aku."
Bila nama ini didengar dia mahu lari ke Perak, tetapi
apabila diketahuinya kawasan Tambun yang ditawarkan kepadanya merbahaya, maka
dia mengkhianati janjinya dengan Lim Kit Siang untuk sama-sama membawa aura
masing masing ke negeri lain, sebaliknya dia berpatah balik dan Lim Kit Siang
di biarkan kesaorangan menggali kuburnya di Gelang Patah. (Bacalah di PINTAS
Nisan Bapa Perkauman di Gelang Patah).
Kenapa Anwar gementar menghadapi Dr. Mazlan?. Intro dalam
tulisan di KeadilanDaily yang bertajuk "Mazlan bukan lawan Anwar
Ibrahim" mendedahkan perasaan sebenar yang terpendam di kalangan pemimpin
PKR Permatang Pauh.
Kata tulisan itu (disertakan di bawah) pengalaman Dr. Mazlan
Ismail sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Pulau Pinang bukan kelebihan
kepada calon BN. Apa yang bukan, itulah yang sebenarnya. Inilah lagi
demonstrasi sindrom penafian Anwar Ibrahim.
Dr. Mazlan adalah anak tempatan Permatang Pauh yang telah
sekian lama menempah nama baik di kalangan rakyat di Pulau Pinang dan Seberang
Perai. Beliau popular dan berpengaruh di kalangan penyokong Pas di Permatang Pauh. Mereka masih
menghormati dan mengingatinya sebagai Bekas Naib Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang.
Beliau mempunyai kelayakan akademik yang tinggi dan peribadi
yang baik berbanding dengan Anwar
Ibrahim yang hanya kelulusan Pengajian Melayu UM dan seorang homoseksual.
Dr. Mazlan ialah Pegawai Memerintah Semboyan Pakar Diraja
Telekom (AW) yang berkelulusan Bachelor of Science UK dan Masters in
Operational Telecom Conventry Universiti UK.
Alasan Keadilan, bahawa oleh kerana calon BN seorang tokoh
agama Pirdaus Ismail kalah di tangan Anwar pada PRU 11 akan menyebabkan Dr.
Mazlan juga kalah, tidak lagi terpakai. Ini perhetongan yang terlalu mudah yang
melupakan keadaan sudah jauh berbeza sekarang. Masa itu belum ada video lucah
Anwar Ibrahim.
Peribadinya masih peribadi ABIM tetapi sejak itu hingga kini
dia telah ditinggalkan lebih 50 orang rakan rapatnya kerana masalah peribadinya
termasuk Dr. Sidek Baba, Ismail Mina (penaja ABIM) dan Dr. Chandra Muzafar.
Anwar sekarang lebih tersohor kerana perjuangan pluralisme
agama dan pro pengekalan negara Yahudi dan mendapat sokongan dari kalangan pro
Yahudi yang terkemuka seperti:
Arkitek Perang Afghanistan Iraq Paul Wolfowitz, Bekas Naib
Presiden AS Al Gore, Bekas Setiausaha
Pertahanan AS, William Cohen, MP
Australia Pro Isreal, Michael Danby , Bekas Duta Besar AS ke Israel Martin
Indyk dan banyak lagi.
Orang-orang Keadilan masih dalam illusi mimpi tahun 2008,
sedangkan banyak perubahan yang telah berlaku. Mereka masih tertipu dengan
luaran Anwar Ibrahim dan tidak nampak Anwar sedang membaca talkin untuk dirinya
sendiri.
Terjunlah kamu semua bersama si luncai dan labunya. (sumber klik di sini)
No comments:
Post a Comment