Maklumat
diperolehi daripada 'orang kuat' PKR dan PAS telah mengesahkan bahawa 4 orang Jeneral Expired yang kini bertungkus lumus mengadakan sesi
ceramah......rupa-rupanya telah dijanjikan oleh Anwar bahawa mereka akan
dicalonkan untuk bertanding di kawasan Parlimen.
Tindakan untuk menempatkan
calon 'payung terjun' ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan
Ketua Cabang PKR dan PAS. Bertambah rumit dan celarulah senarai calon PKR dan
PAS.
Difahamkan 4 nama calon (2 daripada PKR dan 2 daripada PAS) yang telah
disenaraikan sebelum ini telah dimansuhkan melalui kuasa veto bagi membolehkan
4 Jeneral Expired bertanding sempena PRU 13 kelak.
Nampaknya strategi dan
"jarum" 4 Jeneral Expired tersebut telah dapat mempengaruhi pucuk
pimpinan kedua-dua parti berkenaan. Kita mengucapkan Syabas kepada Jeneral Expired tersebut kerana telah berjaya mengenepikan bakal calon yang telah
tersenarai sebelum ini.
Adalah difaham bahawa 'orang kuat' tersebut Datuk Ghafir akan bertanding di kawasan P.149 Sri Gading, Hj Imran di P.74
Lumut, Datuk Abd Hadi Khatab di P.77 Tanjong Malim manakala Datuk Najmie di
P.13 Sik.
Calon 'payung terjun' Pakatan Pembangkang (PP) dari kalangan Jeneral Expired ini telah memberi banyak kelebihan kepada BN manakala PP mengalami 4
kerusi defisit. Pengundi akar umbi PP di 4 kawasan Parlimen tersebut telah mula
mempamerkan petunjuk kuat untuk "memboikot" dengan bakal mengambil
tindakan untuk tidak keluar mengundi, ada yang akan menunjukkan undi protes dan
tidak kurang yang akan beralih sokongan.
Mana mungkin ahli dan pengikut PP dapat
menerima 4 Jeneral Expired berkaitan kerana mereka tahu akan keburukan dan
kemungkaran Jeneral Expired semasa dalam perkhidmatan ATM. Mereka juga tahu
bahawa Jeneral Expired adalah golongan kecewa dan tidak amanah.......sebagai
contoh, Ghafir terlibat sepenuhnya dalam perolehan aset Tentera Darat dan telah
puas di'tumbuk rusuk' dengan pelbagai habuan lumayan oleh pembekal. Hj Imran
pula terlibat dalam kes penyelewengan logistik TLDM, Abd Hadi yang terburuk
kerana terlibat dalam penjualan enjin jet manakala Najmie terlibat dalam
skandal - hubungan sulit dengan isteri Pegawai ATM.
Diyakini bahawa 4 Jeneral Expired tersebut akan kalah kepada calon BN malah mereka juga akan
kehilangan wang deposit PRU 13. Marilah sama-sama kita "talkin"kan 4 Jeneral Expired tersebut bagi menghukum mereka akibat dosa yang telah mereka
lakukan semasa dalam perkhidmatan ATM. Satu undi kepada Jeneral Expired ibarat
merestui tindakan terkutuk yang bertentangan dengan akidah Islam.
No comments:
Post a Comment