Video ini tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa apatah lagi
untuk mengganggu minda pembaca tetapi video yang akan dipaparkan di bawah ini
adalah kisah benar serbuan sarang pelacuran yang dilakukan oleh pihak polis di
Kuala Selangor pada 24 Oktober 2012.
MKL-Crimedesk-D7SGNews
24 Oktober 2012 - Kuala Selangor
Mengapa perkara memalukan seperti ini berlaku di Kuala
Selangor?.. Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kebanjiran masalah sosial
yang tidak terkawal disebabkan oleh pemimpin yang dilantik dan diamanahkan
untuk mentadbir langsung tidak mengambil berat dan bertanggungjawab.
Bukan mahu menunding jari atau menuduh tetapi itulah
hakikatnya bila Pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly
Ahmad yang juga Ahli Parlimen kuala Selangor terlalu sibuk memfitnah dan
menyibuk sana-sini menjaga luar dan dalam kain orang lain hinggakan kawasannya
sendiri tidak terjaga.
Bila ditegur tiada lain jawapannya melainkan 'itu bukan
kerja saya' dan kemudiannya menyalahkan orang lain.
Kalau bukan kerja beliau, jadi kerja siapakah ini? ..
Sepatutnya sebagai seorang pemimpin kawasan yang dihormati beliau harus menegur
tentang masalah sosial yang semakin meruncing di Kuala Selangor hingga
menyebabkan perkara-perkara seperti di atas berlaku.
Berbalik kepada masalah tadi, sebenarnya ia ada kaitan
dengan lambakan rumah urut yang tidak terkawal hingga menimbulkan tanda tanya
mengapakah boleh jadi sedemikian rupa?
Terlalu banyakkah orang Kuala Selangor yang sakit kaki atau
sakit badan dan adakah masalah sakit tersebut dapat diselesaikan hanya dengan
urutan perempuan Cina dan Thai?
Bukan lagi menjadi satu rahsia tentang rumah urut yang
menawarkan urutan batin dan khidmat seks tetapi ia sudah menjadi kemestian jika
ada rumah urut kaki mesti ada urut batin dan khidmat seks dan ini merujuk
kepada serbuan-serbuan yang dibuat oleh pihak berkuasa di seluruh Malaysia.
Jadi adakah Dr Dzul pasti yang rumah urut di Kuala Selangor
yang mengelilingi pejabat beliau tidak menawarkan khidmat tersebut?
Mungkin bagi Dr Dzul dan Pemimpin PAS itu perkara biasa
tetapi bagi anak muda Kuala Selangor itu perkara luar biasa kerana sebelum ini
tiada perkhidmatan sedemikian di Kuala Selangor.
Jangan ambil mudah dan jangan pandang remeh tentang perkara
ini kerana ia akan mendatangkan kerosakan akhlak yang amat teruk kepada
generasi akan datang jika tidak dibendung.
Apa kaitan dan adakah ada udang disebalik batu dalam
aktiviti ini?.. tunggu dalam part 2..
*** Dr Dzul sila jawab jika tiada kaitan.. mohon pencerahan.
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment