Dari seorang
tokoh Islamik yang pernah mencanang slogan “Islam Is The Way Of Life”, kini
Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha membuang imej lama itu dan lebih selesa
menampilkan citra terbarunya sebagai tokoh Liberalis dengan penampilan album
indie pop album bersama Elizabeth Wong.
Album yang
bertajuk “Teratak” itu diterbitkan oleh production team d*Crew, yang dimiliki
oleh Loh Gwo Burne, Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya dan teman wanitanya. Faisal
Mustaffa pegawai khas kepada Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim dari DAP juga
turut terlibat dalam penciptaan lagu-lagu dalam album itu.
Penampilan
terbaru Elizabeth Wong tidak diperkatakan ramai, kerana sebelum menjadi wakil
rakyat imej dan gaya hidupnya memang sudah ‘menjolok mata’, malah gaya hidupnya
itu diteruskan lagi walaupun sudah bergelar YB, hingga terbongkar skandal
gambar-gambar bogelnya melakukan seks bebas bersama pemuda Melayu dua tahun
lalu.
Namun
perubahan drastik Anwar semakin menjadi isu sekarang ini. Dari seorang bekas
Presiden ABIM yang pernah mengaplikasikan haram memandang mata dan bersalam
dengan wanita, kini seolah-olah mahu menjelmakan imej baru, seorang liberalis
yang menghalalkan perkara-perkara yang dilarang sebelum ini.
Kulit
Belakang Album 'Teratak'
Majlis
pelancaran album ‘Teratak’ diadakan pada 25 Januari lalu, jam 7:30 malam di
Main Concourse, Lower Ground, Subang Parade (bersebelahan Mc Donald’s), Subang
Jaya, Selangor yang turut dihadiri oleh Anwar Ibrahim, Elizabeth Wong, Ronnie
Liu, Tian Chua, Gwo-Burne Loh dan jemputan-jemputan lain.
Kumpulan
Wayfarers, yang terdiri daripada anggota keluarga YB Dr. Dzulkefly Ahmad,
Ahli
Parlimen PAS, Kuala Selangor
Selain
daripada lagu yang dinyanyikan Anwar, Elizaberth, Gwo-Burne dan Danny Tan,
kumpulan Wayfarers, yang terdiri daripada anggota keluarga YB Dr. Dzulkefly
Ahmad, Ahli Parlimen PAS, Kuala Selangor juga turut terlibat.
“Dengar lagu
‘Teratak’, suara Anwar boleh tahan lagi macam umur 20-an yop!”, puji ahmadihsan
di twitternya. Anwar menjawab dengan nada berseloroh; “Janganlah begitu, saya
keberatan sekali”.
Adakah
sekarang Anwar berjaya mengikis sepenuhnya imej ‘Insanul Quranic‘ dan ‘Insan
Kamil Lagi Muttakamil’ yang pernah didendangkan satu ketika dahulu, ketika
menjadi Presiden ABIM ?
Ibrahim Ali
pernah tegur Anwar semasa Presiden ABIM
Sumber : AIDC
No comments:
Post a Comment