Pengerusi DAP, Karpal Singh mula bimbang dengan senario
perebutan kerusi dalam kalangan parti-parti pembangkang kerana ia boleh
mengundang kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Menurutnya, wujudnya pertembungan sesama parti pembangkang
di satu-satu kawasan ia sudah pasti menyukarkan pakatan itu mencatatkan
keputusan yang lebih baik.
DAP terajang PKR, PKR sepak PAS, PAS flying kick PKR, PKR
terajang DAP ... RAKYAT DAH MULA KETAWA
"Dalam bab pengagihan kerusi yang menjadi perbualan
ketika ini, perlu ada sikap tolak ansur tentang parti mana yang layak
bertanding di sesuatu kawasan.
"Ini perlu supaya situasi pertembungan sesama sendiri
dapat dielakkan walaupun tidak semua akan berpuas hati," katanya dalam
sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemelut
perebutan kerusi yang berlaku dalam pakatan pembangkang di beberapa negeri
khususnya membabitkan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
No comments:
Post a Comment