Kementerian Pertahanan hari ini mengesahkan kira-kira 35
askar militan Sulu yang cuba memasuki Sabah ditembak mati oleh tentera laut
Filipina dan pengawal pantai, semalam.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
berkata, kesemua mereka ditembak sebelum dapat memasuki perairan Malaysia
selepas enggan berpatah balik.
Zahid berkata, menurut laporan perisikan, kumpulan tersebut
merancang strategi untuk menceroboh dan menyerang pantai timur Sabah bagi
mengganggu kelancaran Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Zahid berkata, pasukan keselamatan Filipina menembak mati 35
anggota pengganas Kiram dalam satu pertempuran sengit di Pulau Sibutu di negara
jiran itu Sabtu lalu.
Dan dalam pertempuran lewat malam itu, dua daripada
kira-kira 200 anggota pasukan keselamatan Filipina yang terlibat dalam serangan
tersebut turut terbunuh.
"Jika mereka sudah memasuki perairan kita, kita akan
mengusir mereka keluar. Kita akan mempertahankan negara ini.
"Dengan kejayaan itu, satu lagi usaha pencerobohan
pengganas Kiram yang diketuai pemimpin kanannya, Kalling Amirul untuk masuk ke
negara ini berjaya digagalkan dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia dan
Filipina.
"Dalam serangan berkenaan, Kalling dilaporkan terbunuh.
Pasukan keselamatan turut merampas lebih 20 laras senjata api M16 dan rifel
Garand," ," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Baca selanjutnya: di sini
No comments:
Post a Comment