Sunday, April 7, 2013

Manifesto BN : Turun Harga Kereta & Tingkat Daya Saing Kereta Nasional


Semasa pengumumaan Manifesto BN semalam, ada sekumpulan manusia ni yang begitu fokus menelitinya. Meneliti untuk apa. Untuk mencari salah itu sudah pasti dan yang lebih ditunggu adalah untuk dakwa manifesto BN ini tiru orang lain.

Bedasarkan Video turun harga kereta yang diacarakan oleh seorang bakal yang selalu kantoi dari PKR,ereka ingin potong cukai eksais dan melelong AP. Ayuh kita lihat apa itu cukai eksais dan AP..

Cukai eksais

Cukai eksais atau kadang-kadang dipanggil duti eksais adalah sejenis cukai yang dikenakan ke atas barang-barang yang dihasilkan di dalam negara (bertentangan dengan duti kastam, yang dikenakan ke atas barang-barang dari luar negara). Kutipan cukai ini adalah untuk meningkatkan pendapatan kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan awam, ia juga digunakan sebagai alat dasar fiskal untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu, ia adalah salah satu matlamat sosio-ekonomi.


Di Malaysia, sejumlah RM30.2 bilion telah dikutip melalui duti eksais kereta antara 2007 dan 2011. RM4.7 bilion telah dikutip pada tahun 2007, dalam tahun-tahun berikutnya RM6.2 bilion, RM5.7 bilion, RM7.1 bilion dan akhirnya RM6.5 bilion pada 2011. Oleh itu pendapatan RM30 billion ni yang pakatan nak buang ni dan katanya ingin top up kehilangan hasil ini melalui pelelongan AP.

Permit Import (AP)

AP adalah dari borang JK69. JK69 adalah Borang yang diwartakan Kastam. Borang ini tidak boleh dimuat turun dari laman web. Setelah disahkan oleh MITI (Kementerian Perdagangan & Antarabangsa), borang ini akan menjadi Permit Import (AP). JK69 boleh dibeli di Percetakan Nasional Malaysia Berhad Jalan Chan Sow Lin 50554 Kuala Lumpur.

Mereka yang layak untuk untuk memohon AP ini adalah.. Rakyat Malaysia yang belajar di luar negara (sekurang-kurangnya peringkat diploma) selama lebih daripada setahun dan pasangan. Rakyat Malaysia yang bekerja secara sah di atas jawatan tetap di luar negara (sekurang-kurangnya setahun) dan pasangan yang disertakan. Pegawai-pegawai Kerajaan yang ditempatkan di luar negara selama lebih daripada setahun dan pasangan.

Melalui konsep lelong AP pakatan rakyat.. adakah mereka diatas masih layak? Ya masih layak jika mereka ini orang kaya. Konsep lelong itu mudah. Siapa yang tawar harga lebih tinggi, dia lah yang akan mendapatkannya. Oleh itu orang kaya pasti lebih mampu menawarkan harga lebih tinggi dari yang lain-lain.


Turun Harga Kereta BN

BN akan turunkan harga kereta melalui usaha yang telah lama dilaksanakan. Duti import bagi kereta-kereta dari Jepun dan Australia kini masing-masing berada pada 15% dan 13.6% , pengurangan secara beransur-ansur akan dibuat sehingga pada tahun 2016 ia akan turun kepada 0% duti import). Selain itu harga kereta baru telah mula jatuh sebanyak RM2, 200 hingga RM17, 000 sejak tahun 2012, bergantung kepada model. Penurunan harga ini akan terus dibuat dengan meliberalisasikan industri automotif melalui pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).

Malaysia kini sedang berbincang dengan Kesatuan Eropah (EU), Turki dan Bangladesh  mengenai FTA antara Malaysia & Negara tersebut, dan kerajaan telah bercakap dengan syarikat-syarikat kereta untuk secara sukarela mengurangkan harga dan ini adalah satu permulaan yang baik ke arah menjadikan kereta asing lebih murah kepada orang ramai dan syarikat kereta tempatan akan bersaing dengan menawarkan kereka yang lebih murah.

Bagi kereta tempatan seperti Proton & Perodua, seperti entiti lain yang berada dalam industri automotif, mana-mana dasar yang beralih ke arah liberalisasi pasaran adalah sesuatu yang dijangka, dan syarikat-syarikat ini yakin bahawa ia boleh bersaing di pasaran yang liberal sepenuhnya dengan kereta yang lebih berkualiti dan mampu dimiliki pelanggan-pelanggan mereka.

Cara BN turunkan harga kereta tidaklah nak mansuh cukai eksais yang merupakan salah satu daripada pendapatan negara. AP pun tidak dilelong untuk golongan kaya sahaja dan terus boleh dimohon oleh pelajar dan pekerja Malaysia di luar negara.

Semuanya berkaitan dasar, dasar yang sistematik dan terancang. Perdagangan Bebas dengan negara-negara tersebut sudah lama dalam perbincangan. Hari ini Jepun & Autralia, Kereta dari Kesatuan eropah seperti Kereta dari Jerman sedang dalam perbincangan dan negara-negara lain mungkin di masa depan. Buat kerja satu persatu. Itu perlunya perancangan. Bukan sibuk janji mahu mansuh itu, mahu mansuh ini, Percuma itu Percuma ini, akhirnya duit bulanan RM50 budak tadika pun masih tak tunai hingga ke hari ini.

Ketahanan bersaing oleh kereta-kereta tempatan juga perlu diambil kira, kerana ramai rakyat Malaysia yang bergantung kepada industri Automotif negara. Juga kelangsungan perniagaan peniaga kereta terpakai. Dari pekerja pembuat kereta, ke pekerja pembuat skru dan tayar kereta hingga ke peniaga yang menjual makan tengah hari di kilang-kilang pekerja tersebut, semua bergantung kepada Industri Automotif negara. Itu pentingnya dasar yang terancang dan rapi. Turun harga kereta biar berstrategi. Semua aspek perlu di perhati. Agar tiada golongan rakyat yang rasa terdiskriminasi.

No comments:

Post a Comment