KUALA LUMPUR
8 April - Selepas mengeluarkan fatwa politik yang disifatkan banyak pihak
sebagai menyesatkan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin
biadab selepas mendakwa jika Nabi Muhammad SAW hidup kembali parti UMNO akan
menentang Rasulullah.
Tuduhan liar
itu dibuat selang tiga hari selepas Menteri Besar Kelantan berkenaan mendakwa,
solat orang UMNO tidak mendapat pahala dengan alasan parti yang telah banyak
mengembangkan syiar Islam di negara ini sejak lebih 50 tahun lalu tersebut
mengamalkan dasar kebangsaan.
Lebih
menyedihkan, dakwaan itu dibuat selepas Nik Abdul Aziz dengan bongkak
mempertahan kenyataan solat orang UMNO tidak mendapat pahala sebelum disusuli
tuduhan masjid yang dibina tidak memberi apa-apa makna kononnya atas alasan
parti itu menolak Islam.
"Puak
ini (UMNO) kalau Nabi Muhammad hidup balik, dia lawan," katanya semasa
berceramah dalam majlis prahimpunan Kelantan Hijau di Jeli, Kelantan yang turut
dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana dipetik di
blog, rbfonline.net hari ini.
Ini kali
kedua Pas mengheret Rasulullah dalam kancah politik selepas Penolong Setiausaha
I Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som menerusi Twitternya baru-baru
ini berkata: "Kalau Nabi Muhammad masih hidup, mungkin video seks baginda
pun UMNO akan keluarkan...Jahanam UMNO,".
Mengulas
kontroversi terbaru itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda
Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, kenyataan dan perumpamaan
terbaharu Nik Abdul Aziz yang menyifatkan UMNO akan menentang baginda merupakan
penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.
"Nilaikan
prinsip Pas dalam memperjuangkan Islam, di mana pendirian mereka berhubung
penggunaan kalimah Allah sebelum ini?
''Sebagai
Tok Guru, Nik Abdul Aziz patut berhenti menuduh semua orang menolak dasar
Islam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara
itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, Nik
Abdul Aziz tidak sepatutnya menggunakan agama Islam serta mengaitkan Rasulullah
SAW untuk mencapai matlamat politik.
Menurut
beliau, tindakan Nik Abdul Aziz itu juga bertentangan dengan sikap sesetengah
musuh Islam yang turut menghormati Rasulullah SAW.
"Islam
tidak menggalakkan kita bercerita hal-hal keburukan seseorang yang sudah
meninggal dunia apatah lagi sekiranya perkara itu melibatkan Nabi Muhammad SAW
yang maksum," katanya.
No comments:
Post a Comment