Akhirnya Pas
mengakui bahawa UMNO tidak menolak hudud. Sebelum ni Pas selalu menuduh dan
memfitnah UMNO tolak hudud, tiba-tiba hari ni Khalid Samad Gereja mengakui UMNO
tidak menolak hudud. Jadi memang benarlah, UMNO tidak menolak hudud.
Sebenarnya
puak Pas ni nak melagakan antara MCA dan UMNO. Namun apa yang perlu kita tahu,
MCA tu parti cina. Kerja MCA ni hanya untuk menjaga kaum cina. Jadi MCA ni
bukan tergolong daripada orang Islam. Sudah semestinya dia akan tolak hudud.
Buat apa kita nak paksa dia terima hudud. Lain la kalau depa dah sunat dan
mengucap, yang tu boleh la dipaksa.
Walau kita
dah terangkan macam mana pun, kaum ni takkan terima hudud. Sebab itu bukan
agama depa. Macam kita duduk negara cina, kemudian dengan paksa dia suruh kita
sembah tokong. Mau ka kita buat? Sama la macam depa pun..
Hudud adalah
hukum Islam, umat Islam perlu menyokong dan memelihara undang-undang Islam itu.
Kalau kita nak mereka ni terima, kita kena tunjukkan cara hudud berjalan. Cara
sebenar undang-undang hudud. Sedangkan Pas yang dok 'berpeluk' Dap sakan pun
tak boleh suruh Dap terima. Lagi la nak suruh yang tak berpeluk ni.
Pas kata dia
pejuang hudud, tapi dalam manifesto dan buku Jingga tidak di masukkan. Bukankah
perkara itu sering kali menjadi sebutan untuk tarik ramai orang Islam?
Jika benar
Pas utamakan hukum hudud dan mahu laksanakannya, kenapa tidak disenaraikan? Ini
bermaknanya, Pas hanya cakap nak hudud. Hakikat sebenar, Pas pun menolak hudud!
Setakat
cakap tanpa bukti siapa pun bole..
No comments:
Post a Comment