Baru beberapa hari lepas, puak-puak PAS bukan main lagi
seronok sebab calon-calon DAP akan menggunakan lambang PAS di Semenanjung dan
PKR di Sabah serta Sarawak. Sehinggakan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik
Mat pun memberikan pelbagai cerita-cerita keagungan Islam berhubung 'kejayaan'
tersebut.
Dan ungkapan, AKHIRNYA ROKET MENDARAT DI BULAN, menjadi satu
drama murahan yang menggamit air mata para penyokong PAS di mana-mana.
Telah dikatakan, DAP tidak akan menggunakan lambang PAS
kerana DAP menerima PAS dan Islam sepertimana yang cuba dibayangkan oleh para
penyokong dan pemimpin PAS. Walaupun Lim Kit Siang berdrama air mata, walaupun
Guan Eng bukan main lagi bermain jiwa, kononnya DAP telah dianiayai dan
dizalimi sehinggakan simbol dan logo parti itu tidak boleh digunakan dalam
PRU13, bahkan kononnya juga itu semua adalah permainan kotor dan jahat UMNO-BN,
walhal yang berusaha memadankan muka Guan Eng adalah ahli-ahli parti itu sendiri,
hakikatnya, PAS sekadar telan asap dan kembung perut.
Karpal Singh kembali menegaskan realiti yang perlu dihadapi
oleh PAS seumur hidup!
Kalaupun DAP terpaksa menggunakan simbol PAS setelah
ditawarkan oleh PAS kepada DAP, parti sosialis demokrat itu tidak akan sama
sekali menerima prinsip-prinsip PAS. Apa yang dilakukan oleh DAP sama sahaja
seperti yang dilakukan oleh MCA, MIC, GERAKAN, PPP dan komponen lain dalam
Barisan Nasional yang akhirnya menzahirkan logo kapal layar dan kemudian
DACING.
Menggunakan logo, tidak bermaksud DAP akan tunduk kepada
prinsip perjuangan PAS. PAS boleh pergi mampus sama hudud mereka, itu yang cuba
dikatakan oleh Karpal Singh.
Tentangan DAP terhadap teras perjuangan PAS, kekal dan tidak
berubah. PAS boleh menipu terus orang Melayu-Islam dan memberikan gambaran yang
muluk-muluk, DAP tidak kisah dan tidak pernah marah pun. PAS boleh temberang
sesuka hati kepada orang Melayu dan umat Islam Malaysia, terutama sekali para
penyokong sendiri, DAP tidak akan halang. Tetapi apabila diberitahu bahawa DAP
telah dan akan menerima prinsip perjuangan PAS secara awam sepertimana yang
dilakukan oleh bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, DAP akan marah
dan cepat-cepat menjawab!
Kalau DAP nak pakai logo PAS demi mendapatkan undi Melayu,
itu hanyalah kerana helah politik, bukan kerana perasan PAS yang DAP telah
terima Islam dan prinsip perjuangan PAS...
Benda semudah itu pun, masih lagi para penyokong PAS tak
nampak dan tak faham?
Baca seterusnya :di sini
No comments:
Post a Comment