Pendedahan yang menggemparkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi
Awang mengenai kewujudan aktiviti pengedaran pil kuda membabitkan calon PKR
adalah satu dakwaan yang cukup serius dan tidak boleh dipandang ringan sama
sekali.
Dakwa Presiden PAS itu, "ada calon-calon yang kita
khuatir, tak perlu kita sebut, tukang edar pil kuda. Nak jadi calon macam mana?
Orang PAS tak boleh kerja calon macam ini. Terang-terang saya sebut. Orang
Keadilan pun tak terima."
Hadi tentu ada asas kukuh bila membuat dakwaan tersebut
apatah lagi beliau menegaskan itulah puncanya yang menyebabkan PAS sengaja
menghantar calon-calonnya bertanding di beberapa kawasan yang dikhususkan
kepada PKR.
Begitu pun tetap wujud persoalannya, kenapa hanya ketika
penamaan calon baru PAS bertindak? Sedangkan PAS mempunyai masa berhari-hari
lamanya untuk mendesak pucuk pimpinan PKR menghalusi semula calon mereka
seterusnya diganti dengan calon baru. Tapi tidak dilakukan, pelik bukan?
Menariknya sehari selepas Hadi membuat pendedahan itu, PKR
kemudiannya mengarahkan tiga orang calonnya yang bertindih dengan PAS di DUN
Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera di Terengganu menarik diri dari
bertanding dalam PRU-13.
Sukar untuk dipastikan sama ada ketiga-tiga calon PKR itu
adalah orang yang dimaksudkan oleh Hadi, namun melihat pada reaksi segera oleh
pucuk pimpinan PKR mengarahkan calon-calonnya menarik diri seakan mengiakan
dakwaan Presiden PAS.
Namun demikian, keadilan tidak boleh bergantung sepenuhnya
pada cakap-cakap mulut atau setakat dakwaan umum semata-mata, kepastian hakiki
perlu diusahakan bagi merungkai kebenaran sama betul atau tidak dakwaan yang
dibuat.
Justeru itu wajar siasatan terperinci dilakukan. Untuk itu,
Hadi perlu tampil membuat laporan polis untuk membolehkan satu siasatan
menyeluruh dilaksanakan. Sebagai individu yang bertanggungjawab mendedahkan
perkara tersebut tentunya Presiden PAS itu mempunyai maklumat yang diperlukan,
bukan begitu?
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment