Tuesday, April 9, 2013

Pengakuan Berani Chegubard ... "SAYA FITNAH ROSMAH ISU CINCIN RM24.4 JUTA"



Pintu BERTAUBAT Masih Terbuka Luas Untuk BADRUL HISHAM SHAHARIN 
Dan Memohon Maaf Secara Terbuka Kepada Datin Seri Rosmah Mansor



Fitnah Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) ini perlu ditamatkan sekaligus ...

Fitnah ini cukup hebat memandangkan MASIH RAMAI rakyat marhaen di luar sana mempercayai dengan gambaran kononnya media Utusan Malaysia menerbitkan akhbar di atas.

Yang nyata, akhbar di atas telah DIPALSUKAN oleh Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) demi MENGHALALKAN FITNAH terhadap Datin Seri Rosmah Mansor. Fitnah ini turut menyebabkan Jabatan Pengarang Utusan Malaysia MEMBUAT LAPORAN POLIS berhubung penyiaran artikel fitnah yang menggunakan kepala akhbar (masthead) Utusan Malaysia palsu bagi mengelirukan pembaca.




Begitu juga dengan FITNAH kononnya Datin Seri Rosmah Mansor TELAH MEMBELI cincin tersebut. Malah Datin Seri Rosmah Mansor telah MENAFIKAN beliau membeli cincin tersebut melalui ikrar SUMPAH yang dilakukan





Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga MENGESAHKAN tiada sebarang pembelian cincin bernilai RM24 juta oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor




Persoalannya, mengapa MASIH RAMAI mempercayai FITNAH dahsyat ini ...

Statement by Philip Nassimi of Jacob & Co


Cincin RM 24 juta ini dibawa masuk ke Malaysia dan dialamatkan ke kediaman PM untuk tujuan pameran kepada bakal besannya (Maira Nazarbayev) yang pada ketika itu berada kediaman PM untuk beberapa ketika bagi membincangkan majlis pertunangan anak mereka. Maira Nazarbayev adalah 'regular customer' kepada Jewellry Jacob & Co New York.

Jacob & Co New York telah menghantar cincin tersebut melalui syarikat penghantaran Malca Amit New York dan masuk ke Malaysia melalui KLIA pada 16 April 2011 . Di KLIA urusan seterusnya termasuk urusan pengishtiharan Kastam dilakukan oleh Airoceanic Express Sdn Bhd.



Borang Kastam 1-Borang pengisytiharan cincin berkenaan masuk ke Malaysia yang bertarikh 16 April 2011

Setelah cincin berkenaan dipamerkan kepada Maira Nazarbaye, ianya dibawa keluar dari Malaysia melalui KLIA dan diuruskan oleh ejen yang sama.

Sekali lagi cincin berkenaan melalui prosedur pemeriksaan Kastam sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang negara.

Cincin berkenaan keluar dari Malaysia pada 20 April ke Singapura juga untuk tujuan pameran kepada pelanggan Jacob & Co di negara berkenaan.



Borang kastam 2 - Borang pengisytiharan cincin berkenaan keluar dari Malaysia ke Singapura yang bertarikh 20 April 2011


Cincin berkenaan pulang semula ke New York dari Hong Kong pada 13 Mei 2011. Di Hong Kong mungkin cincin berkenaan dipamerkan kepada pelanggan-pelanggan mereka yang lain.

Lebih kurang sebulan cincin berkenaan terbang ke beberapa negara untuk tujuan pameran dan akhirnya kembali ke negara asal.




Cincin berkenaan tiba semula di New York pada 13 Mei 2011 dengan pesawat Cathay Pacific (CX 888) dari Hong Kong. Format tarikh yang digunakan di borang diatas MM/DD/YY


Borang pengisytiharan Kastam Amerika - Pengembalian produk Amerika tanpa cukai.



Jika benar Datin Seri Rosmah Mansor MEMBELI cincin berkenaan ...

1) Mengapa cincin tersebut diterbangkan ke Singapura setelah keluar dari Malaysia pada 20 April 2011 ?
2) Mengapa cincin tersebut diterbangkan ke Hong Kong dan kembali semula ke New York pada 13 Mei 2011?


Bagi mereka yang masih ragu-ragu, CETAK dan BAWAKAN dokumen di atas ke Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur untuk tujuan pengesahan samada ianya tulen atau palsu


Untuk Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) ...


Pintu BERTAUBAT masih terbuka luas untuk saudara memohon keampunan. Pohon maaf secara terbuka kepada Datin Seri Rosmah Mansor. Anda telah melakukan FITNAH MAHA DAHSYAT sehingga menyebabkan ramai rakyat yang tidak berdosa TURUT TERPALIT mempercayai fitnah yang saudara lakukan.




No comments:

Post a Comment