Kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya
Universiti Malaya (Umcedel) kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim calon popular
untuk menjadi perdana menteri, tidak menggambarkan aspirasi keseluruhan rakyat
dan pengundi.
Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Profesor Dr Azmi Hassan menegaskan hasil kaji selidik itu tidak mewakili
aspirasi 28 juta rakyat negara ini serta 13.2 juta pengundi pada Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.
"Kalau berdasarkan jumlah pengundi yang layak
mengundi pada PRU13 ini, kaji selidik itu terlalu kecil kerana responden hanya 0.010
peratus daripada jumlah pengundi," katanya ketika dihubungi Bernama.
Kaji selidik itu yang dilaporkan beberapa portal
berita, hanya melibatkan 1,407 responden sahaja berbanding lebih 13 juta
pengundi.
Kaji selidik itu tidak menyatakan kaedah kaji selidik,
profil responden serta lokasi kaji selidik.
Sambil menegaskan hasil kaji selidik itu tidak logik
dan rakyat tidak harus mempercayainya, Dr Azmi menarik perhatian pergolakan
dalam pembangkang sendiri jelas mencerminkan ia tidak layak menjadi pemerintah.
Sentimen Dr Azmi turut dikongsi Penyandang Kursi
Pengajian Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof Datuk
Dr Zainal Kling yang berkata kaji selidik itu tidak sekali-kali melambangkan
pandangan keseluruhan rakyat mahupun bayangan pola pengundian kelak.
"Ianya boleh dipersoalkan termasuk dari segi
kaedah, individu yang terlibat di dalam kaji selidik itu dan tidak mustahil
pembangkang ada meletakkan orang mereka di dalam institusi yang membuat kajian
tersebut," katanya kepada Bernama.
Beliau juga berkata tidak mustahil ini antara taktik
pembangkang untuk mengalih perhatian umum daripada kemelut yang dihadapi mereka
ketika ini seperti percanggahan pendirian berhubung pelaksanaan hukum hudud,
klip video seks melibatkan individu yang mirip pemimpin pembangkang serta
masalah calon bertindih dalam PRU13.
"Macam-macam mereka buat. Inilah antara perang
psikologi mereka kerana moral mereka telah jatuh ketika ini," katanya.
Zainal tidak menolak kemungkinan akan ada lagi cubaan
licik mereka untuk meraih simpati pengundi dan berkata pastinya BN perlu
bersiap sedia untuk 'melawan' perang psikologi tersebut.
Hasil kaji selidik itu turut dipertikai penganalisis
politik Prof Madya Datuk Dr Zainal Abidin Borhan yang menegaskan ia tidak
memberikan gambaran tepat mengenai keadaan semasa.
"Setiap penyelidikan ada kaedah dan kita nak tahu
kaedah bagaimana yang digunakan sama ada temu bual melalui telefon, e-mel atau
bersemuka. Kita juga nak tahu adakah jumlah yang terlibat hanya daripada
Universiti Malaya ataupun termasuk orang luar.
No comments:
Post a Comment