Ulama, tok
guru dan NGO Islam Kelantan menyatakan perjuangan PAS sudah kufir tapi tidak
menghukum
Tahaluf
siyasi BN adalah yang paling ideal
Oleh MOHD.
HAZLI HASSAN dan KHAIRULANUAR YAHYA
KUALA LUMPUR
2 April - Ulama, tok guru pondok dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
Islam Kelantan mengulangi pendirian mereka menolak perjuangan Pas yang dianggap
sudah lari daripada landasan asal.
Rata-rata
mereka mengatakan Pas kini hanya memperjuangkan kepentingan politik semata-mata
berbanding memperjuangkan Islam sebagai tunjang utama pentadbiran negara.
Berbanding
Barisan Nasional, tahaluf siyasi (kerjasama harakah Islam dengan mana-mana
pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya dengan
parti-parti bukan Islam) lebih ideal di mana mengangkat Islam sebagai tunjang
utama pentadbiran negara.
Malah,
mereka turut mendakwa pemimpin Pas yang sebelum ini mengatakan haram UMNO
bergabung dengan MCA dan MIC, kini melakukan pakatan dengan DAP pula.
Ini dakwa
mereka, Pas bukanlah parti politik yang berlandaskan perjuangan Islam lagi.
Lebih buruk
kata mereka, demi survival politik pemimpin Pas, mereka sanggup mengangkat
pemimpin bukan Islam sebagai pemimpin utama dan membayangkan bukan Islam boleh
menjadi perdana menteri.
Antara
ulama, tok guru dan NGO Islam berkenaan ialah Tok Guru Pondok Genting, Abdullah
Saámah; Bekas Ketua Keselamatan Pas Kelantan, Shaidi Husin; Ketua Penerangan
Minda Pondok, Harun Yahya; AJK Minda Pondok, Mohd. Zainal Abidin Awang;
Pertubuhan Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Mohd. Syamsul Mohd.
Yusoff Al Hafiz dan penceramah, Mohd. Zain Mohd. Sah. -
Laporan
Langsung Utusan Online
No comments:
Post a Comment