Berdasarkan Perlembagaan UMNO, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk
Kamilia Ibrahim dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang secara otomatik gugur
keahlian. Datuk Kamilia Ibrahim hari ini
mengejutkan ramai pihak apabila bertanding sebagai calon bebas Parlimen Kuala
Kangsar.
Namun kejutan lebih besar tentulah berlaku di Palimen Sepang
apabila Pengarah Pilihan Raya Negeri Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed
dicabar oleh Suhaimi Ghazali, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang.
Nasib yang sama turut dihadapi oleh beberapa orang ahli UMNO
lain. Ini termasuklah Timbalan Ketua UMNO cawangan Felda Adela. cikgu Azaman
bin Johari yang menentang calon BN, Azalina Othman Said di Pengerang; Cikgu
Sobri Ahmad yang bertanding sebagai calon bebas bagi DUN Sungai Limau menentang
Datuk Seri Azizan Razak (PAS);
Bagaimanapun, nasib Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Johan Che
Pa sangat menarik untuk dianalisis. Johan tidak menyerah borang pencalonannya
sebagai wakil BN bagi Parlimen Pasir Pas. Dengan tindakan tersebut menyebabkan
BN tidak mempunyai calon untuk Parlimen Pasir Mas.
Kini Pasir Mas akan meyaksikan pertandingan dua penjuru
antara Datuk Ibrahim Ali (Bebas) menentang calon Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Kehilangan Johan Che Pa menimbulkan dilema kepada UMNO.
Sekiranya tiada tindakan diambil terhadap Johan, masyarakat melihat ini taktik
UMNO untuk memberi ruang kepada Ibrahim Ali bertanding sebagai calon mesra BN.
Namun apa pun, UMNO pastinya akan menunggu penjelasan Johan sebelum sebarang
tindakan diambil. Sekiranya ia dibuat atas sebab mensabotaj parti, maka tindakan
disiplin pasti akan diambil.
Baca seterusnya : sini
No comments:
Post a Comment