Monday, April 22, 2013

TERKINI! LIM GUAN ENG DAP & BAPA KANTOI DIMALUKAN LAGI!! #PRU13


DAP menerima tamparan hebat apabila buruk laku mereka didedahkan oleh pemimpin parti itu sendiri!


 

Sila baca :

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Jenice Lee mendakwa sikap angkuh dan amalan kronisme segelintir pemimpin tertinggi DAP menyebabkan beliau digugurkan daripada menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Menurutnya, sikap pilih bulu yang diamalkan dalam parti oleh sesetengah pemimpin itu tidak selari dengan slogan ketelusan yang sering dilaung-laungkan.

"Ada seorang pemimpin tertinggi dalam DAP yang secara terbuka menyerang saya dengan pelbagai tohmahan tanpa sebarang bukti kukuh, pemimpin lain dalam parti cuma mengikut kehendaknya yang tidak mahu mencalonkan saya.

"Adakah ini adil? Adakah ini dinamakan demokratik dan telus? Bagaimana seseorang itu boleh sesuka hati memfitnah tanpa bukti dan semua pemimpin lain tanpa menyiasat terus bersetuju dan menggantikan calon 'payung terjun' demi memastikan karier politik saya hancur," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Lim Guan Eng DAP dan bapanya, Lim Kit Siang DAP bertambah malu apabila pemimpin DAP mendedahkan perkara di bawah :

 

Tambah Jenice, DAP tidak layak mengkritik Pendaftar Pertubuhan (ROS) kononnya telah menjatuhkan hukuman tanpa menyiasat dahulu berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti sedangkan dirinya yang telah difitnah sesuka hati tidak diambil tindakan.



"Bersih dan betulkan sistem dalam parti sebelum menuduh orang lain tidak betul.
 Dalam kes saya, hukuman dijatuhkan tanpa sebarang keadilan, namun tiada siapa       kisah.
           Apabila ROS ambil tindakan, mereka kata tak adil. Hipokrit!," tegasnya. - UM

Pendedahan memalukan ini bukan sahaja memalukan tetapi menjatuhkan maruah Lim Guan Eng DAP Nepotisme yang sebelum ini melenting mengkritik ROS dan juga mengaitkan tindakan ROS yang kononnya grand design of BN untuk menjatuhkan parti DAP.

Merekalah yang kerap melaung-laungkan kononnya bersih daripada kronisme dan adil tetapi rupa-rupanya, mereka yang teruk! Memalukan saya percaya rakyat termasuk kaum Cina sudah sedar dan tidak akan lagi percaya kepada anak beranak di dalam DAP!


Baca seterusnya : di sini



No comments:

Post a Comment