Terkejut tengok
muka Tok Ayah Datuk Seri Ridzuan Sulaiman berasal daripada P.Pinang dikehendaki
Polis untuk membantu siasatan berhubung
kes yang berkaitan Operasi Daulat.
Polis
mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes
yang berkaitan Operasi Daulat.
Pesuruhjaya
Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman,dengan alamat
terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan
dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.
Beliau
berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan
Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan
pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.
"Penama
ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi
Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.
"Penama
ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya
beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di
Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16,
dekat sini, Ahad.
Kalau
dikehendaki POLIS untuk kes pencerobohan Lahad Datu ini kira besar la punya
ceritanya .
Walaupun dia bergelar Datuk Seri , Tok
Ayah ka , tindakan undang-undang
wajib dikenakan jika dia didapati
terlibat sebagai DALANG & pengkhianat negara .GPB yakin semua pertubuhan NGO Melayu
seperti PEKIDA dan lain2 menyokong
tindakan pihak Polis ini .
Esok jam 10
pagi dikhabarkan beliau akan menyerah
diri di Balai Polis Dang Wangi bersama peguamnya .
Untuk
pengetahuan , Mamak Datuk Seri YDP Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan ini pernah
mengamuk di Bangunan UMNO Permatang Pauh gara-gara pasal duit keselamatan
ketika PRK Permatang pauh . Habis masa
tu kecoh dibuatnya bila mamak ini turun macam gangster tuntut duit kepada UMNO Bahagian .
No comments:
Post a Comment