Timbalan ketua penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki
Atiqullah berkata, PAS tidak berhasrat untuk melaksana undang-undang hudud di
negeri yang tidak mempunyai jumlah majoriti Melayu yang besar.
Undang-undang berkenaan tidak diketengahkan di negeri Kedah
dan juga Selangor yang ditadbir secara bersama dengan DAP dan PKR sejak 2008.
"Keuntungan bagi PAS mungkin di negeri yang ramai orang
Melayu tapi di negeri luar seperti Selangor boleh jadi tidak untung.
"Apabila isu hudud dimanipulasi, mungkin ada 'backfire'
daripada pengundi bukan Islam," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Kota
Bharu hujung minggu lalu.
Berbeza daripada Kedah dan Selangor, umat Islam membentuk
kumpulan yang besar sehingga lebih 90 peratus di negeri Kelantan dan
Terengganu.
PAS meluluskan undang-undang hudud di Kelantan pada tahun
2000 dan juga di Terengganu ketika parti itu menguasi negeri berkenaan pada
1993.
"Di Kedah kita tak bercakap sangat soal hudud kerana
percampuran itu besar malah dalam kerajaan negeri dan peringkat perbandaran.
Dari segi tuntutan (masyarakat) juga tidak sama dengan di Kelantan," katanya
lagi.
Baihaki yang juga ADUN Pasir Tumboh mengakui bahawa isu
hudud tidak memberi banyak keuntungan kepada Pakatan Rakyat, tapi PAS Kelantan
amat berhasrat supaya pemimpin parti anggota Pakatan memahami hasrat mereka
dalam memperkenalkan undang-undang berkenaan.
"Sekarang kita harap dengan isu hudud atau isu lain,
pimpinan pakatan masih boleh bertolak ansur dan capai kata sepakat dengan
perkara bersama.
"Isu yang boleh timbulkan keresahan bukan hudud saja.
Ada isu yang ditimbulkan DAP ada yang kita tidak setuju tapi atas dasar bersama
kita tolak ansur," katanya lagi. - Malaysiakini..
Rupa²nya Hudud bagi PAS adalah satu perniagaan. Jika tidak
mendatangkan keuntungan, PAS tidak akan laksanakan... Berita 14 Disember 2011
dari Malaysiakini.
Teruskan membaca :di sini
No comments:
Post a Comment