Pelakon antarabangsa kelahiran Ipoh, Perak, Datuk Michelle
Yeoh secara terbuka meminta rakyat supaya memberikan sokongan padu kepada
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurutnya, Najib merupakan pemimpin yang telah melakukan
banyak perkara bagi membangunkan negara dan sudah pastinya beliau akan
melakukan lebih lagi selepas ini.
"Saya setulus hati berharap beliau akan kekal sebagai
Perdana Menteri, dan saya meminta anda semua memberikan mandat yang kukuh
kepadanya supaya beliau dapat memimpin negara ke arah masa depan yang lebih
cerah," katanya kepada kira-kira 60,000 orang pada Majlis Ramah Mesra
Bersama Perdana Menteri di Pelabuhan Klang, semalam.
Pada majlis tersebut, Najib menegaskan jika perubahan yang
dicari rakyat, mereka harus memberikan mandat sekali lagi kepada Barisan
Nasional (BN) kerana kerajaan sememangnya sedang melakukan perubahan menerusi
pelbagai program transformasi.
Read more : here
No comments:
Post a Comment