Semalam
dilaporkan sekitar 20 orang pemuda MIC mengadakan bantahan secara
terbuka di Shah Alam dengan berpakaian BN. Isunya adalah video ceramah Zul Nordin yang dirakamkan 10 tahun lalu ketika beliau masih menjadi ahli Pas. Khalayak sedia maklum yang Pas merupakan sebuah parti yang ekstrem agama manakala Zul Nordin membuat kenyataan atas kapasiti beliau sebagai ahli Pas dan peguam anwar Ibrahim ketika itu.
Atas nama kebebasan beragama, kita mengutuk
sebarang perbuatan mengutuk dan mengeji agama lain sebagaimana kenyataan Zulkifli Nordin dalam video
tersebut.
Namun perlu
diingat, kenyataan yang dirakam di atas adalah 10 tahun lalu - kenapa tidak
siarkan sahaja apa kenyataan Anwar Ibrahim ke atas PAS semasa beliau bersama
UMNO?
Zulkifli
Nordin telah melakukan kesilapan, mempersendakan kepercayaan sahabat-sahabat berbangsa Hindu, namun sekurang-kurangnya beliau bertindak memohon maaf di
atas keterlanjuran tersebut.
Anwar Ibrahim, PKR, DAP dan PAS juga harus menjawab desakan supaya pembangkang memohon
maaf serta menghentikan perobohan kuil, penghinaan dengan menyamakan perayaan
Thaipusam sebagai perhimpunan jalanan, serta memohon maaf kepada Gobalakrishnan yang digelar 'paria'.
Dalam isu kalimah Allah, pembangkang wajib memohon maaf kerana memohon menggunakannya serta kenyataan Melayu boleh murtad, disamping memohon maaf di
atas penggunaan 'mampos Melayu' ketika peristiwa 13 Mei.
Dalam apa jua situasi sekalipun, pencalonannya Zul Nordin atas tiket BN bagi kerusi
bagi Parlimen BN Shah Alam yang disandang Khalid Samad sebenarnya telah
memberikan banyak kelebihan kepada BN.
MIC dan
sahabat-sahabat India, satu movie untuk anda tonton :
Anwar Al Juburi adalah ciptaan Mat Sabu dari Pas.... Tak nak minta maaf ker....
No comments:
Post a Comment