Lebih 3 trak polis termasuk FRU terpaksa dikerah ke
hadapan Dewan Kampung Sungai Rokam kerana untuk mempertahankan banner provokasi
bodoh Pas cawangan Kg Sungai Rokam.
Banner di bawah ini memang sengaja dipasang untuk
mencetuskan satu provokasi bodoh semata-mata untuk mecetus pergaduhan. Sejak
akhir-akhir ini Pas di Sungai Rokam khasnya dan di Dun Sungai Rapat amnya sudah
tidak ada isu untuk dibawa. Calon mereka Radzi Zainon memang seorang yang
pemalas, malas turun padang, malas berkempen dan malas bertemu pengundi.
Mereka tahu pada malam ini ada program anak mudah
sokong BN maka mereka pun memasang banner bodoh mereka itu. Kemudian mereka
terus melaporkan kepada pihak polis kononnya banner bodoh mereka akan dikoyak
oleh anak muda yang sedang mengikuti program
Anak-anak muda terkejut apabila 2 trak polis 'cawangan
Khas' datang berbaju preman mengelilingi kawasan dewan. Tidak tahan dengan
provokasi dari Polis maka anak-anak muda keluar lalu bertanya kenapa datang
ramai-ramai....mereka diam...nasib baik ada polis yang kenal memberitahu puak
Pas dah buat laporan polis bahawa anak-anak muda yang sertai program merancang
akan mengoyak dan membuang banner mereka.
Masa yang diambil selama 2 jam untuk menanti pihak SPR
untuk datang ke tempat kejadian...setelah berunding lebih setengah jama maka
Ali Hussain yang juga ketua cicak mengkarung Kg Sungai Rokam mengalah dan
mengaku sengaja membuat provokasi.
Sumber : Sungai Rapat Online
No comments:
Post a Comment