Sunday, April 21, 2013

Zuraida sahkan surat palsu Yusuf Qardhawi wujud?

Zuraidah Mak Lampir

Pilihan raya dah semakin dekat, dan pemimpin pembangkang mula terdesak mengumpul sokongan demi memastikan mereka terus dapat memegang tampuk kuasa dan angan-angan ke Putrajaya.

Ternyata apa yang dikatan Zul Nordin menjadi kenyataan apabila Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin mula “menjual” cerita ulama dunia Dr Yusuf Qardhawi memberikan surat kepada Anwar Ibrahim dan mengatakan hanya Anwar yang layak memerintah Malaysia


Dr Yusuf Qardhawi tidak mengundi di Malaysia lah Zuraidah!

Ia dilihat strategi Pakatan Rakyat untuk menarik undi kumpulan pengundi Melayu dengan menggunakan sentimen ulama dan agama. Mungkin mereka terdesak sehingga terpaksa menunjukkan seolah-olah mendapat sokongan orang luar.

Atau mereka tidak percaya dengan ulama negara … yalah, semua ulama dah mula menolak PAS, dan ulama PAS pula tak boleh harap. Sudah-sudahlah Zuraidah … ingatlah nasib bertanding pun belum tentu menang di kerusi Ampang.

Rakyat Malaysia bukan bodoh sangat nak percaya bulat-bulat apa yang diperkatakan Zuraidah. Mungkin Dr Yusuf Qardhawi sendiri pun tak tahu ila dia keluarkan surat itu. Saja si Zuraidah ni nak jaja cerita.

Zulkifli Noordin sebelum ini mendakwa Pakatan Rakyat akan menyebarkan risalah palsu yang mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan ulama terkenal dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Beliau turut mendakwa menerima salinan risalah bertarikh 2 Mac, didakwa sebagai surat dari ulama berkenaan yang mengandungi sokongan kepada Anwar.

Menggunakan nama Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi ini merupakan politik terdesak Anwar untuk ke Putrajaya. Rakyat Malaysia jangan tertipu dengan risalah palsu yang merupakan taktik kotor pembangkang.

Perlumbaan untuk menggunakan nama ulama besar tersebut dalam kempen politik di Malaysia bermula apabila kumpulan penyokong Anwar giat menyebarkan rakaman berhubung fatwa yang dikeluarkan Dr Yusuf terhadap pertuduhan Liwat II yang dihadapi oleh ketua pembangkang.

Anwar dalam ceramahnya juga sering mengulangi fatwa oleh Ketua Ulama Islam Sedunia itu, bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

Sibuk-sibuk Zuraidah mengesahkan kewujudan surat berkenaan, pemimpin PAS pula menolak campurtangan orang luar dalam arena politik negara.

Mana satu ni? Siapa punya cakap kita boleh percaya? pening-pening

Kemudian bila bertelagah sesama parti komponen, buat mesyuarat dan keluar satu resolusi “bersetuju untuk tidak bersetuju.”

Baca seterusnya : di sini


No comments:

Post a Comment