1. Dato' Safuddin Abdullah konon membawa politik baru,
akhirnya kecundang dan tercampak dipenjuru PRU13 yang baru lalu. Makna politik
baru yang Dato' Saifuddin maksudkan itu mungkin berbeza sama sekali dengan
kehendak masyarakat kita. Mungkinkah beliau mendepani zaman atau sebenarnya
beliau disisih zaman. Tidak mengapa, kita terpaksa tinggalkan Dato' Saifuddin
dengan idea politik barunya di Temerloh yang tewas kepada Nasruddin Hassan
(Tantawi) (Pas) yang bukan pun anak tempatan.
2. Kemerosotan undi calon-calon MCA dalam PRU kali ini
dianggap sebagai gelombang 'tsunami cina' oleh sesetengah pemikir politik
(bukan Pemikir Politik Jerantut). Itu dianggap sebagai manifestasi kaum cina yang
sudah hilang kepercayaan kepada MCA sebagai parti komponen dalam BN justeru
berubahnya sokongan mereka kepada DAP. Akibat dari itu, MCA yang nyata sangat
kecewa terhadap kaum cina yang enggan menyokong mereka telah mengumumkan untuk
tidak akan menerima sebarang perlantikan sebagai menteri dan apa-apa jawatan
dalam kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.
3. Sama ada ini mainan politik MCA yang berkemungkinan ada
hubungan sulit dengan DAP atau mereka benar-benar ingin menghukum kaum cina
kerana tidak menyokong mereka, namun yang jelas akan berlaku 'lompong' hubungan
diantara rakyat dari kaum cina dengan kerajaan yang memerintah. Kaum cina tidak
ada wakil yang mewakili mereka dalam menyambung suara rakyat dan ini bukanlah
satu perkara yang baik untuk negara berbilang kaum seperti Malaysia ini yang
perlukan wakil penyambung lidah rakyat dalam melaksanakan sebarang agenda bagi
pembangunan.
4. Jika MCA enggan mewakili kaum cina dalam kerajaan kenapa
tidak BN mendapatkan kalangan profesional yang berkelayakan dari kalangan NGO
untuk mewakili mereka? Saya tertarik dengan tulisan diblog 'Ipoh Malay' (Klik)
yang mencadangkan 2 nama iaitu Lee Lam Thye (Klik) dan Khoo Kay Kim (Klik).
Saya melihat mereka adalah lebih jelas memberikan gambaran tepat kaum cina
sebagaimana yang DS Najib inginkan dalam gagasan 1Malaysianya kerana kedua-dua
mereka itu dilihat sebagai cina Malaysia yang tulin. Lee Lam Thye adalah bekas
Ahli Parlimen DAP suatu masa dulu sementara Khoo Kay Kim adalah professor
universiti yang rapat dengan bahasa dan budaya melayu. Kedua mereka adalah
aktivis sosial yang disenangi oleh semua kaum di Malaysia.
5. Kerajaan BN di negeri-negeri serta kerajaan tempatan
harus mendapatkan lebih ramai Lee Lam
Thye dan Khoo Kay Kim bagi mewakili kaum cina sebagai penyambung suara rakyat.
Jika ini dapat kita lakukan, maka tidak akan ada lagi 'kelompongan' hubungan
diantara rakyat dengan kerajaan BN yang memerintah. BN harus menerima hakikat
bahawa sehingga PRU14 nanti BN akan mengharunginya tanpa bersama MCA yang sedang
'bermuhasabah' diri.
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment