7,600,499 atau 58.99 peratus rakyat Malaysia telah mengundi dalam Pilihan Raya 2013 hari ini sehingga jam 12 tengah hari tadi.
Menurut Tan
Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, jika ditambah dengan pengundian awal oleh anggota
tentera dan polis serta pasangan masing-masing, jumlah keseluruhan yang sudah
mengundi sehingga jam 12 tengah hari tadi adalah 7,916,703 ataupun 59.67
peratus pengundi.
Sebelum ini
SPR mengatakan terdapat 13,268,002 pengundi layak mengundi, termasuk 12,992,661
pengundi biasa, 161,251 anggota tentera dan pasangan mereka, 111,136 anggota
polis dan pasangan mereka serta 2,954 pengundi tidak hadir.
Selangor
mencatat 58.96 peratus atau 1.2 juta daripada 2.03 juta pengundi di negeri itu.
Di Negeri
Sembilan setakat 1 tengah hari mencatat 58.35 peratus daripada 555,982 pengundi
manakala di Melaka setakat 12 tengah hari mencatat 40 peratus daripada
keseluruhan 424,519 pengundi berdaftar.
Di Perak,
SPR negeri melaporkan sebanyak 30 peratus daripada 1.36 juta pengundi telah
keluar mengundi setakat pukul 11 pagi.
Di Pahang,
seramai 29.44 peratus atau 216,681 pengundi daripada sejumlah 736,111 pengundi
juga telah mengundi sehingga 11 pagi. Kelantan pula mencatat 13.19 peratus
daripada sejumlah 918,573 pengundi sehingga 11.30 pagi. - MI
Sementara
itu, sokongan rakyat kepada Barisan Nasional semakin meningkat secara
keseluruhannya. Yang paling penting sekarang ialah untuk mengerahkan lebih
ramai pengundi yang masih belum keluar mengundi. Tempoh mengundi hingga jam 5
petang ini.
Bagaimana
pula dengan peratusan di bawah yang menjadi perbualan dan persoalan besar kita
semua?
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment