1. 15 Mei
2013, kakitangan bank, Izan Suhaila Mohd Ali, 36 tahun, membawa anaknya Maryam Sofea Mohd
Riza ke LCCT bersama 10 saudara mara dan ibu. Beberapa hari
sebelum itu Maryam
mengalami chicken pox.
Bagaimanapun ground staff Air
Asia di LCCT membenarkan Maryam
dan semua ahli keluarga
diterbangkan ke Ho Chi Minh, Vietnam.
Tindakan itu
tidak menghairankan kerana doktor tempatan dua kali mengesahkan Maryam
sihat. Hanya tompokan hitam masih
kelihatan di seluruh tubuhnya dan
dia tidak demam.
2. 18 Mei
2013, kira-kira 20 minit sebelum pesawat dijadualkan
berlepas ke Kuala Lumpur, Maryam dilarang oleh
ground staff Air Asia di lapangan terbang di Ho Chi Minh menaiki pesawat syarikat
tambang murah itu,
penerbangan AK 1455 pada jam 9 malam, waktu Vietnam.
Tompokan kesan
chicken pox dilihat oleh ground
satff berbangsa Vietnam lalu mereka
bertindak mengikut peraturan seperti
dicatatkan dalam terma dan syarat penerbangan Air Asia.
Mereka
diarahkan oleh lelaki di bawah untuk tinggal di Ho Chi Minh selama 5
hari sebelum dibenarkan pulang ke
Malaysia.
3. Medical doctor berbangsa Melayu, berkebetulan
penumpang penerbangan sama, memperkenalkan diri
dan memaklumkan ground staff Air Asia, melalui pengamatan beliau, Maryam
selamat untuk diterbangkan. Namun,
kenyataan doktor itu tidak
diambil kira. Doktor terbabit TIDAK bertugas di lapangan terbang, beliau berstatus pelancong di negara asing itu, cuma cuba
ingin membantu menyelesaikan masalah
timbul.
Melalui
pengamatan saya dan keluarga Izan,
TIADA doktor Vietnam
membuat pemeriksaan terhadap Maryam
di sekitar pintu 18 lapangan
terbang. Hanya jururawat ditugaskan mengambil bacaan suhu badan Maryam. Ditanya oleh ahli keluarga Maryam mengenai
bacaan suhu badan bayi berusia 14 bulan
terbabit, jururawat warga asing
itu hanya membisu.
Jika benar
status kesihatan Maryam membahayakan
penumpang lain, bagaimanakah bayi
itu DIBENARKAN oleh ground satff Air Asia di LCCT untuk menaiki pesawat ke Vietnam pada 15
Mei tetapi kemudian dinafikan penerbangan 4 hari kemudian oleh
ground staff di Ho Chi Minh?
4. Hampir
jam 9.30 malam, Izan dan Maryam
ditemankan oleh dua saudara
lelaki mereka, Faisal Mohd Fozzeli
dan Mohd Hasif Mokhtar (berbaju
merah) dibawa keluar oleh ground staff
bertugas dari lapangan terbang dan HANYA dihantar ke
terminal teksi.
Tatkala itu
mereka tidak mempunyai bilik hotel
dan juga kenderaan untuk bergerak
di negara asing terbabit. Malah
sebahagian wang mereka bawa, disumbangkan oleh penumpang pelbagai bangsa
penerbangan AK 1455.
Bukan sahaja
Izan dan ahli keluarga menitiskan
airmata, malah majoriti penumpang bakal berlepas meninggalkan mereka berasa
hiba dengan situasi didepani oleh anak
beranak itu.
5. Ground satff di Vietnam MENDAKWA, kapten
kapal terbang Air Asia AK 1455
tidak membenarkan Maryam menaiki pesawat. Pada kira-kira jam 9.50
malam, beberapa minit setelah menaiki pesawat,
saya dimaklumkan oleh pramugari
bertugas, kapten Ariffin Bakar tidak mengetahui
perincian kes terbabit.
Pihak
manakah tidak berkata benar?
6. Setelah
tiba di LCCT, saya dimaklumkan oleh Norhamiza, adiknya Izan, anak dan dua
saudara mereka terpaksa mencari teksi dan hotel sendiri. Izan dilaporkan
terpaksa membeli susu Maryam dan juga pakaian mereka.
Akhirnya
dengan bantuan ejen pelancongan di Ho Chi Minh, mereka menyewa May Flower Hotel
dengan kadar bayaran USD60 semalam dengan menggunakan wang
sumbangan penumpang penerbangan AK 1455.
7. Tiada kakitangan Air Asia menghubungi Izan mahupun ahli keluarganya.
8. Pada 19
Mei, kakak Izan, Norhamiza tiba di Kuala Lumpur kemudian bertindak
menghubungi adiknya, pegawai senior Tourism Malaysia di New York, Amerika Syarikat, Ahmad Johanis. Johanis kemudian medapatkan bantuan
kakitangan Tourism Malaysia Vietnam, MAS
dan pihak Kedutaan Malaysia di negara terbabit.
Berikutan bantuan dihulurkan, Maryam
kemudian dihantar ke hospital untuk diperiksa dan disahkan
sihat oleh doktor di
Victoria Healthcare Vietnam.
9. Izan,
Maryam dan saudara lelaki mereka selamat tiba di KLIA pada jam 7.45 malam semalam
menggunakan pesawat MAS.
10.
Berikutan kes ini, Ketua Pegawai
Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri
Tony Fernandes telah mengeluarkan
kenyataan di laman Twitter beliau.
Ertinya, membiarkan Izan, Maryam dan dua saudara lelaki
mereka terkontang-kanting mencari hotel
dan kenderaan pada kira-kira jam 10
malam di negara asing, tanpa bantuan ground staff di lapangan terbang Ho Chi Minh itu mengikut
buku, 'follow the book'.
Maryam
dikendung oleh ibunya, hanya berusia
setahun 2 bulan. Tanpa susu dan pakaian,
mereka terkial-kial cuba mendapatkan
bekalan.
Kejadian itu juga
berlaku kerana Air Asia mengikut buku.
Selain
daripada menjalankan perniagaan
bertujuan meraih keuntungan,
pihak pengurusan Air Asia harus memikirkan faktor kemanusiaan
dan melaksanakan TANGGUNGJAWAB SOSIAL. Rakyat Malaysia
lazimnya berbudi bicara sewaktu
melaksanakan sesuatu tindakan.
Tweet terbabit kemudian didapati
telah DIPADAMKAN dan berikut
kenyataan Tony seterusnya.
11.
Pada hemat saya, Tony
tidak sepatutnya tergesa-gesa
mengeluarkan kenyataan di laman sosial.
Beliau atau kakitangannya
harus terlebih dahulu
mengambil inisiatif cuba menghubungi Izan
atau ahli keluarganya
untuk menyiasat dan mendapatkan
penjelasan terperinci kedua
pihak berhubung kejadian berlaku.
12. Saya dimaklumkan, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia,
Aireen Omar mengeluarkan
kenyataan rasmi mengenai insiden berlaku
di Vietnam. Dalam kenyataan
itu, doktor dikatakan memeriksa
Maryam d an bayi kelainan upaya itu disahkan
tidak layak, unfit untuk
diterbangkan.
Kamera
digital sentiasa berada di tangan saya
sewaktu berada di lokasi sama. Satu-satunya individu hadir di lokasi, dilihat
sebagai kakitangan
perubatan, wanita di bawah ini.
Jika dia doktor,
amat menghairankan kerana pegawai perubatan bertugas di lapangan terbang antarabangsa itu tidak
langsung mampu berbahasa
Inggeris.
Mungkin
doktor di Vietnam juga berpakaian
seperti jururawat dan
hanya mampu berkomunikasi menggunakan
bahasa tempatan sahaja. Justeru
tidak hairan 'doktor'
terbabit enggan menjawab soalan dikemukakan oleh ahli
keluarga Izan.
Saya sendiri
menyaksikan dengan mata kepala,
wanita itu cuba meletakkan jangkasuhu di celah ketiak
kanan Maryam sedang dipangku oleh
ibunya. Akibat pergerakan Maryam kerana
kurang berasa selesa, jangkasuhu
itu terjatuh dan disambut oleh
wanita itu. Dia kemudian melakukannnya untuk kali kedua sebelum
beredar.
Tidakkah secara profesional, 'doktor' itu
wajar menjelaskan status
kesihatan Maryam kepada ibunya sebelum menghilangkan diri?
Molek jika
Aireen atau kakitangan pengurusan Air Asia mengambil
SEDIKIT waktu menghubungi Izan untuk mengesahkan kenyataan saya. Bijak juga,
jika beliau mendapatkan
rakaman televisyen litar tertutup di pintu 18 di antara jam 8.30 dan 9.30 malam waktu Vietnam untuk membuktikan samada
ground staff Air Asia di Ho Chi
Minh menyalurkan maklumat tepat atau
sebaliknya.
13. Kali
terakhir saya bercakap dengan Norhamiza pada jam 6.30 petang semalam.
Tiada kenyataan dikeluarkan
oleh wanita itu mengatakan
wakil pihak pengurusan Air Asia menghubungi keluarganya.
14. Kes ini
turut mendapat liputan akhbar
Utusan Malaysia, klik di sini dan Agenda
Daily, klik di sini.
Berita juga dipaparkan oleh New Straits Times, klik
di sini.
15. Berikut
entri terdahulu saya nukilkan.
1. Ibu dan
bayi sengsara di Vietnam : Air
Asia usah lepas tangan
Klik di sini.
2. MAS membantu membawa
pulang penunmpang Air Asia didakwa bermasalah Klik di sini.
3. Terkini :
Kisah Izan dan Maryam Klik di sini.
4.
Adakah doktor di Vietnam berpekaian
seperti jururawat? Klik di sini.
16.
Terima kasih kepada semua pembaca sudi
memberikan sokongan moral untuk bersama kita mendedahkan kebenaran.
17. To Sri
Tony Fernandes, instant denial wouldn't
stop Malaysians to talk about
this particular incident. Please
have the courtesy to
investigate this case thoroughly for the betterment of Air Asia
operations in the future.
It is
not a sin
for Air Asia to contact
Izan and the
rest to offer your apologies.
The act of
damage control needs to
be executed.
Coretan Mazidul Akmal Sidik
No comments:
Post a Comment