Meskipun, Ketua Umum PKR Datuk Seri
Anwar Ibrahim berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan
majoriti 11,721 undi, namun beliau gagal mengotakan janjinya untuk menawan
Putrajaya sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini.
Beliau memperolehi 37,090 undi menewaskan calon BN Dr Mazlan
Ismail yang mendapat 25,369 undi dan Abdullah Zawawi Shamsuddin yang hanya
mendapat 201 undi.
Dalam kempennya sebelum ini, Anwar mendakwa beliau bakal
menawan Putrajaya dengan meletakkan Datuk Husam Musa sebagai penjaga pintu,
namun calon Pas itu tewas di tangan BN.
Ketika kempen itu juga Anwar membayangkan beliau sebagai
bakal Perdana Menteri ke-7 dengan menyeru kakitangan kerajaan agar jangan
membakar dokumen-dokumen penting dan turut memberi amaran kepada kumpulan media
termasuk TV3, RTM, Utusan Malaysia yang bakal beratur menemuinya.
Namun, selepas pengumuman SPR yang BN masih lagi memerintah
Putrajaya dalam PRU 13, Anwar mula menyalahkan SPR yang didakwanya gagal
melaksanakan pilihanraya yang telus dan adil.
“Saya kecewa dengan proses pengundian awal dan undi pos. Ia
diragui dan jumlah undinya boleh dipertikaikan,” katanya.
Sementara itu, di peringkat parlimen, PKR berada di tempat
kedua selepas DAP, apabila parti cauvanis Cina itu melonjak 38 kerusi
berbanding dengan PKR mendapat 30 kerusi.
Pada pilihanraya umum 2008, PKR mendahulu dengan 31 kerusi
berbanding DAP.
Kedudukan kerusi parlimen PKR mengikut negeri :
KEDAH (15): BN (10), Pas (1) PKR (menang 4 daripada 7
dipertanding). Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kalah di
Kulim Bandar Baharu
KELANTAN (14): BN (5), Pas (9) PKR (0 daripada 3
dipertanding). Pengerusi PKR Kelantan, Abd. Aziz Abd. Kadir kalah di Ketereh
TERENGGANU (8): BN (4), Pas (4) PKR (0 daripada 1
dipertanding)
PULAU PINANG (13): BN (3), DAP (7), PKR (menang 3 daripada 4
dipertanding)
PERAK (24): BN (12), DAP (7), Pas (2), PKR (menang 3
daripada 10 dipertanding). Ketua Penerangan PKR, Dr. Muhammad Nur Manuty
tumbang di Bagan Serai. Mustafa Kamil Ayub tewas di Parlimen Pasir Salak.
PAHANG (14): BN (10), DAP (1), Pas (1), PKR (menang 2
daripada 5 dipertanding)
SELANGOR (22): BN (5), DAP (4), Pas (4), PKR (menang 9
daripada 11 dipertanding). Prof Dr Abdul Aziz Bari kalah di Sabak Bernam.
WP KUALA LUMPUR (11): BN (2), DAP (5), PKR (menang 4
daripada 6 dipertanding). Ketua staff Anwar, Ibrahim Yaakub tumbang di
Setiawangsa.
NEGERI SEMBILAN (8): BN (5), DAP (2), PKR (menang 1 daripada
3 dipertanding)
MELAKA (6): BN (4), DAP (1), PKR (menang 1 daripada 3
dipertanding)
JOHOR (26): BN (21), DAP (4), PKR (menang 1 daripada 12
dipertanding). Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng kalah di Segamat
SABAH (25): BN (22), DAP (2), PKR (menang 1 daripada 19
dipertanding). Datuk Seri Lajim Ukin kalah di Beaufort. Mojilip Bumburing@
Wilfred tewas di Tuaran. Dr Badrulamin tewas di parlimen Silam
SARAWAK (31): BN (25), DAP (5), PKR (menang 1 daripada 15
dipertanding). Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian kalah di Limbang.
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment