Oleh rmf
Belum lagi mendapat kuasa, sikap diktator nya kian
terserlah, tiada siapa yang boleh menghalang
sekutu Israel ini dari melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya. Ini
lah wajah sebenar PKR dan Anwar Ibrahim.
Jika sesuatu perkara itu melibatkan dirinya, pelbagai pihak
akan diperslahkan termasuk Mahkamah, Peguam, Penjawat awam, Keselamatan.Sikap
ini mengingatkan kita bagaimana kedegilan Israel didalam menolak semua undang undang yang
termaktub, Mereka kan melanggar apa sahaja yang menggugat kepentingan mereka.
Begitu juga dengan PKR yang diketuai oleh Anwar, Ianya telah
ditunjukkan secara jelas didalam BERSIH dimana semua anggota keselamatan di
persalahkan, sehinggakan ada yang disepak ditendang dihina pihak keselamatan juga yang diperslahkan.
Sikap diktator ini kini telah ditunjukkan secara jelas oleh
Anwar melalui ucapannya, dimana dia akan merampas semua perniagaan yang
dimiliki oleh individu dan memenjarakan mereka yang dia fikirkan perlu.
Jesteru itu, saya amat berminat untuk melihat Anwar Ibrahim menangkap dan
merampas dan memenjarakan individu dibawah ini..
Datuk Ibrahim Abdul Rahman, mempunyai kepentingan perniagaan
yang besar mewakili Anawar dengan menjadi lembaga Pengarah lebih daripada 50
syarikat dan pemegang saham hampir 20 syarikat. Beliau terus menjadi atau telah
pada lembaga syarikat awam tersenarai sewaktu Anwar Ibrahim menjawat jawatan
Menteri Keewangan dan Timbalan Perdana Menteri seperti:
- Pengkalen Holdings Bhd,
- Pengkalen Capital Bhd,
- OI Corporation Bhd,
- Pan Malaysia Industries Bhd,
- Nissan Industrial Oxygen Bhd.
- Zaitun Bhd
- Boral Concrete (Malaysia) Sdn. Bhd;
- Holdings Sdn Ibrus. Bhd;
- MS Pembinaan dan Kejuruteraan (M) Sdn. Bhd;
- PPH Pembangunan (M) Sdn. Bhd;
- Metromix Sdn. Bhd
- Syarikat Bumiputra Sdn. Bhd.
- PPH Development (M) Sdn. Bhd.
- PPH Resorts Negara (Port Dickson) Sdn. Bhd.
- Dan PPH Resorts (Penang) Sdn. Bhd.
- Dibawah ini pula merupakan senarai Syarikat syarikat yang mana Bapa Anwar Ibrahim merupakan pemegang saham yang besar dalam sesebuah syraikat:
- Nissan Oksigen Perindustrian Diperbadankan Berhad (3032500 saham);.
- Par Con Corporation (900,000 saham);.
- Perumahan Muhibah Sdn. Bhd (510,000 saham);.
- Sri Kibar Sdn. Bhd. (285,000 saham);
- Westaflex Sdn. Bhd (200,000 saham).
- Seribudi Services (M) Sdn. Bhd. (200,000 saham).
Dulu Akta ISA dicanangkan sebagi satu akta yang kejam,
tetapi kini percakapan dan akan
melakukan penindasan terhadap rakyat Malaysia yang akan datang adalah lebih
kejam lagi. Selalunya sikap yang demikian adalah diwarisi oleh mana man pihak yang berpaksikan komunisme dan
berfahaman diktator.
Saya berani menyatakan bahawa ini lah wajah PKR dan Anwar
yang sebenarnya.
Bagaimanapun sifat-sifat ini nampaknya tidak ada pada Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Belum menang dan dengan rasminya
dilantik menjadi perdana menteri Malaysia beliau telah mengumumkan senarai
siapa yang patut meminta maaf daripadanya.
Beliau mahu TV3 dan Utusan meminta maaf. Mereka juga akan
diarahkan untuk bersedia mewawancaranya mengenai kemenangannya. Pelik seorang
bekas pemimpin gerakan Islam kini menyerlahkan sisi pendendamnya dan juga
keangkuhan yang luar biasa. Klik di sini
Sebenarnya keangkuhan Anwar ini adalah di luar batas
undang-undang. Jika Anwar terlalu marahpun dengan mana-mana pihak dan menuntut
mereka memohon maaf kepadanya, beliau harus menggunakan saluran yang betul.
Perkara mencari hukuman setimpal kerana berasa diri difitnah
harus diuruskan oleh Mahkamah, kata Tokoh Wartawan Negara, Datuk Abdul Kadir
Jasin. Tuntutan pampasan atau permohonan maaf mesti ditentukan oleh mahkamah.
Soalnya, benarkah Anwar akan jadi perdana menteri? Jawabnya,
sekalipun beliau benar-benar jadi perdana menteri, beliau harus menghormati
undang-undang. Belum duduk sudah mahu berlunjur. Bayangkan jika Anwar
memerintah kelak tidakkah beliau akan “beraja di mata dan bersultan di hati”?
PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari
ini sekali lagi menyatakan tindakan yang
bakal diambilnya “apabila’ menjadi perdana menteri, termasuk terhadap Tun
Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin.
Anwar berkata beliau akan mengambil tindakan terhadap anak
Mahathir tetapi secara bersindir berkata dia tidak akan masukkan Mahathir ke dalam penjara
kerana tak ada “siapa nak jaga dia.”
Anwar semakin membuat kenyataan-kenyataan angkuh dengan
empat hari lagi menjelang hari mengundi PRU ke 13.Dua hari lalu Anwar berkata,
apabila berkuasa, beliau akan menuntut maaf daripada Utusan Malaysia dan TV3
serta mengarahkan stesen televisyen itu untuk menemuramah beliau.
Hari ini Anwar berceramah di Putrajaya. Majlis itu menerima
sambutan hambar dengan hanya kira-kira 1,000 hadirin, kebanyakan penyokong
tegar PAS daripada luar Putrajaya.
Dalam ucapannya, Anwar mensasarkan “pelan tindakannya” untuk
bekas Menteri Kewangan Tun Daim dan Mahathir, yang menjadi Perdana Menteri
untuk 22 tahun sebelum bersara pada 2003.Anwar berkata sekiranya pembangkang
menawan Putrajaya, Daim akan menerima natijah setimpal daripada perbuatannya
itu.
“Saya hendak beritahu tuan-tuan, kita ambil alih kerajaan,
semua harta yang diambil secara haram, harta rakyat, wang rakyat, kita
pulangkan semula kepada rakyat. Beliau tidak menyatakan bagaimana tindakan
sebegitu akan diambil.
Anwar sendiri terpalit dengan tuduhan pemberian projek dan
saham ratusan juta ringgit kepada sahabat dan ahli keluarga semasa menjadi Menteri Kewangan ( Klik di sini ). Beliau tidak
pernah mempertahankan dirinya daripada tuduhan-tuduhan itu. Sebaliknya beliau memaparkan
dirinya “penyelamat” negara daripada rasuah dan salah guna kuasa.
Anwar berkata apabila berkuasa, beliau akan “maafkan”
Mahathir dengan tidak menghantarnya ke penjara.”Tapi Mahathir saya maafkan,
ganggu dia buat apa… jangan… jangan. Saya biasa duduk dalam penjara, siapa
hendak jaga dia,” ujar Anwar lagi.
Bagaimanapun Anwar berkata tindakan akan diambil untuk merampas perniagaan milik anak Mahathir. “Monopoli
kontrak Petronas anak kamu mesti ditamatkan serta-merta,( Klik di sini )” kata Anwar.
Mahathir sering menyifatkan Anwar sebagai seorang yang rakus
kuasa dan tidak mempunyai kewibawaan moral untuk menjadi perdana menteri.
No comments:
Post a Comment