Asakan demi
asakan dikenakan oleh DAP.
Setiausaha
organisasi DAP Selangor Lau Weng San menuntut kerajaan persekutuan supaya
menyerah balik pentadbiran Kuala Lumpur kepada kerajaan negeri Selangor yang
dikuasai Pakatan.
http://dapmalaysia.org/english/2013/may13/bul/bul5377.php
Boleh baca
juga ‘DAP rep: Return KL to Selangor‘ (FMT, 20 Mei 2013)
Pengerusi
DAP Karpal Singh pula mahu menghapuskan senat – ‘Mansuh Dewan Negara, usaha DAPuntuk ubah model Malaysia‘ (Utusan, 19 Mei 2013).
The Star,
suratkhabar suara evangelis DAP, semalam menuntut ditubuhkan sekolah Inggeris.
Dan puak
Kristian meneruskan usaha licik mereka menuntut kalimah Allah.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/for-confused-and-
ignorant-christians-an-Allah-fact-sheet/
http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/bila-mengapa-dan-
bagaimana-kristian-menggunakan-kata-Allah-persekutuan-kristian-malaysia
Untuk
mengetahui sebab yang sebenar evangelis mahu gunakan kalimah Allah, sila baca
di laman AIDC.
Gereja-gereja
evangelis semakin berkembang di Subang Jaya, Damansara Utama dan lain-lain
kawasan di bawah kuasa DAP. Terlalu ramai wakil-wakil Kristian DAP adalah
berfahaman evangelis.
Gereja-gereja
tersebut didaftarkan sebagai syarikat — contohnya Kingdom Christian Fellowship
Bhd di Subang Jaya, Subang Jaya Assembly of God, Evangelical Free Church Gospel
Centre (yang disenaraikan sebagai pusat menyediakan “perkhidmatan
profesional”).
Gereja
evangelis adalah diiktiraf sebagai sebuah perniagaan di sisi undang-undang dan
dengan itu maka ia harus tertakluk kepada undang-undang pencukaian juga. Gereja
yang berdaftar sebagai syarikat patut dikenakan cukai keuntungan.
Kariah
gereja evangelis digalakkan/terpaksa membayar ‘zakat’ sebanyak 10 peratus (pada
lazimnya) daripada pendapatan mereka kepada gereja.
Dengan
bertambahnya kejayaan politikus evangelis di persada nasional, maka
bertambahlah populariti kultus evangelis seiring dan bertambah juga bilangan orang
baru dan orang muda yang menyertai gereja-gereja tersebut.
Dengan
bertambahnya kutipan wang sumbangsih dan keuntungan, dana gereja-gereja
evangelis ini menjadi cukup besar. Dan dengan bertambah besarnya modal gereja
evangelis, maka meningkatlah kuasa dan pengaruh mereka.
Sudah banyak
laporan yang pernah kita baca tentang paderi evangelis bermain politik.
Matlamat
Gereja Methodist Damansara Utama
Kristian
evangelis DAP kian hari kian masyuk mengecapi kuasa.
Perhimpunan
Subang Rally sebelum ini menuntut “Rise up its time to take Subang for Jesus”.
Adun baru
DAP di Damansara Utama Yeo Bee Yin ialah seorang klon Hannah Yeoh.
Baru-baru
ini Facebook Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) melontarkan soalan: “How
do we win our city for Jesus?”
Hasrat DUMC
DUMC
bertanya bagaimana kita boleh tawan kota kita bagi Yesus?
Nampaknya ia
disahut oleh DAP yang hari ini mahu KL dipulangkan kepada Selangor.
Tingkahlaku
pemimpin DAP dan penyokong-penyokong mereka semakin menampakkan kesan kemaruk
kuasa.
http://www.malaysiakini.com/news/230614
No comments:
Post a Comment