Friday, May 24, 2013

Demokrasi Terpimpin Ala Pakatan – 15 Kerusi DUN Selangor Adalah Minoriti!


khalid ibrahimMasih terngiang-ngiang di telinga penulis, betapa berdegar-degarnya penyokong PAS pada waktu berkempen yang lalu. Dicanangnya kononnya PAS bakal menjadi Menteri Besar sekiranya menang kerusi terbanyak, sekaligus berharap untuk membuktikan slogan “PAS Ganti UMNO” adalah tepat.

Rupanya, apa yang diharapkan kini menjadi kenyataan. PAS mendahului senarai kerusi DUN, dengan 15 kerusi berbanding PKR 14 kerusi.

Desakan yang cukup kuat dari akar umbi mahukan PAS memimpin kerajaan negeri tidak boleh dielakkan lagi. Sebaik keputusan penuh PRU13 diketahui, bendera-bendera PAS dikibarkan di kenderaan-kenderaan penyokong mereka. Kedai kopi diwarnai dengan cerita betapa Menteri Besar Selangor bakal milik PAS.  Seraya itu, kutukan dan hinaan kepada UMNO dilemparkan bertalu-talu.  PAS menguasai DUN Selangor secara total, mengikut salah seorang ahli “forum” di kedai kopi terbabit.

Hakikatnya, kita tahu bahawa Khalid Ibrahim sekali lagi dilantik sebagai Menteri Besar, sungguhpun PKR hanya memenangi 14 kerusi DUN.  Apa pula kata penyokong-penyokong PAS? Pasti pada ketika ini, mereka cuba memujuk hati sendiri, dengan mengeluarkan “fatwa-fatwa” mengikut acuan sendiri.

Ini adalah manifestasi demokrasi Pakatan, iaitu penafian secara hakiki kepada hak PAS untuk memegang sebarang jawatan penting di dalam sebuah pentadbiran kerajaan.  Atas apa jua alasan, waima tahaluf siyasi tidak boleh menceritakan, bagaimana kuasa si pemenang dinafikan oleh kebijaksanaan PKR dek kerana kurang cerdiknya PAS dalam berpolitik.

Apakah PAS masih mampu untuk meletakkan Hadi Awang sebagai Perdana Menteri seandainya dapat menawan Putrajaya tempoh hari walau dengan hanya 21 kerusi Parlimen? Kalau menjadi si pemenang pun tidak dapat mempertahankan haknya, inikan pula minoriti dalam Pakatan!

Apa yang melucukan ialah, penyokong-penyokong PAS berani pula berhujah, kononnya Anwar sepatutnya menjadi Perdana Menteri atas faktor “undi popular”. Malangnya, mereka mungkin tidak pernah difahamkan bahawa Malaysia mengamalkan dasar sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan.

Atas apa pun alasan yang diberikan oleh penyokong-penyokong PAS ini, mereka sepatutnya mempertahankan status “pemenang” di DUN Selangor sekaligus menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.

Ini sibuk pula “memenangkan” Anwar Ibrahim yang mana gabungan parti yang tidak sah itu hanya menang 89 berbanding 133 yang dimenangi oleh BN!

Diri sendiri menang pun tidak berani dipertahankan, ini pula cuba memenangkan orang yang kalah!

Bacul!!!


Baca seterusnya : Di sini


No comments:

Post a Comment