Monday, May 27, 2013

DILEMA MELAYU BARU!!!



Pada 1970 Tun Dr Mahathir telah menulis buku "The Malay Dilemma" yang menjadi kontroversi sehingga buku itu diharamkan dan beliau sendiri dipecat dari UMNO. Buku tersebut  banyak menyentuh soal ekonomi orang Melayu yang kritikal itu kerana bukan saja sikap kerajaan yang mudah berkompromi dengan bangsa lain tetapi juga sikap orang Melayu yang kurang kompetatif. Buku ini yang diterbitkan semula di era pemerintahan beliau telah banyak memberikan kesedaran kepada orang Melayu tentang bagaimana perlunya untuk bersaing dengan bangsa lain. Namun seperti yang kita sedia maklum hingga kini orang Melayu masih gagal untuk menyamai pencapaian bangsa lain apatah lagi untuk mendahului mereka. Cuba bayangkan setelah 56 tahun merdeka orang Melayu masih terkial-kial untuk mencari nafkah di negara sendiri. Puncanya; ada yang bersikap malas dan tidak berani mengambil cabaran disamping kekurangan modal untuk bersaing. Tapi bab bergaduh dan iri hati, memang sudah menjadi darah daging.


Terkini timbul pula cadangan untuk membentuk parti pelbagai kaum. Dikatakan parti yang hanya berasaskan kaum tertentu tidak lagi relevan dan dianggap rasis. Adakah kenyataan ini relevan atau tidak, itu satu persoalan yang harus dikaji. Pada umumnya dikatakan pemikiran generasi muda sudah tidak lagi mengambil kisah tentang kaum dan melihat ‘multi racial’ parti sebagai asas kepada politik masa depan negara.  Walaupun ia masih diperingkat kajian tetapi seperti biasa akhbar-akhbar sudah mula memainkan sentimen ini dan begitu juga ahli-ahli politik yang mahu mereka dianggap comtemporary memberikan sokongan kepada idea tersebut.

Bolehkah Melayu survive?

Apakah multi racial parti ini baik untuk perkembangan politik negara atau tidak, itu sesuatu yang harus dikaji dengan  teliti dan dibahaskan. Beberapa persoalan asas harus ditanya;

  • Adakah artikel 153 dan hak-hak orang Melayu masih boleh dipertahankan?
  • Bagaimana dengan kedudukan agama Islam sebagai agama resmi negara?
  • Adakah identiti bangsa akan boleh dipertahankan atau akan lupus?
  • Bagaimana dengan bahasa dan budaya bangsa, adakah juga akan hilang?
  • Adakah Islam akan terpaksa menjadi lebih liberal untuk accommodate bangsa lain?
  • Bagaimanakah dengan kedudukan ketua negara seperti Perdana Menteri? Adakah akan terbuka  kepada bangsa lain atau kekal pada bangsa Melayu?


Melihat kepada perkembangan aspek ekonomi, jelas orang Melayu masih jauh ketinggalan. Adalah mustahil orang Melayu akan dapat setanding dengan bangsa Cina apatah lagi untuk menguasai ekonomi. Kalau orang Cina mogok nescaya Melayu akan mati kelaparan.

Begitu juga dalam soal pendidikan dimana  kita sedar  yang mendapat keputusan cemerlang di IPT (1st class) majoritinya adaah bangsa lain. Graduan Melayu biasanya sangat berpuas hati jika dapat 2nd class upper, majoritynya 3rd class.

Bahasa Melayu pula sangat jarang diungkapkan di sektor korporat dan juga pada sebahagian agensi kerajaan. Berapa ramai graduan yang tidak diterima bekerja kerana gagal menguasai bahasa inggeris. Mereka dianggap terbelakang dan tidak mempu bersaing jika tidak mampu menguasai  bahasa inggeris dengan baik.  Jika ditinjau kepada bangsa Cina dan India, walaupun sudah lama merdeka tetapi masih ramai yang tidak fasih bertutur bahasa Melayu dan ada langsung yang tidak tahu berbahasa. Ini bermakna bahasa Melayu tiada dalam kamus harian mereka. Malangnya kerajaan tidak berbuat apa-apa. Tanpa menafikan kepentingan bahasa inggeris namun kedudukan bahasa Melayu dibimbangi akan kekal hanya sebagai lambang dan menjadi bahasa kedua sahaja. Itupun sudah bercampur aduk dengan pelbagai istilah yang orang muda-muda saja yang faham.

Dari aspek agama kita lihat semakin hari desakan kepada liberalism semakin ketara. Penubuhan pusat-pusat ibadah agama lain bukan saja semakin bercambah malah semakin besar. Gerakan islam menjadi semakin tersepit kerana apabila saja ingin memperkatakan tentang islam maka mereka dianggap ektremis dan tidak toleran kepada agama lain. Sikap pemimpin islam juga tidak nampak serius dalam mendaulatkan agama islam. Negara Malaysia masih dilihat oleh rakyat sebagai negara sekular walaupun perlembagaan memperkatakan sebaliknya.

Bagaimana Politik?

Jika dilihat kepada peranan UMNO dalam BN dan PAS dalam PR, ia tidak menampakkan apa-apa keuntungan kepada islam kerana kedua-duanya terikat dengan janji kepada rakan pakatan masing-masing. Kedua-duanya sangat takut jika sekiranya mereka berkeras untuk melaksanakan islam maka mereka akan terpaksa hilang undi bangsa Cina dan India. Maka sebab itu Najib terpaksa mengambil ketua Hindraf dan mubaligh kristian untuk menjadi Menteri walaupun menerima protes dari UMNO sendiri. Saya yakin dalam projek 'National Reconciliation' nanti akan banyak lagi kompromi yang dibuat UMNO. Tunggu dan lihat.

Begitu juga dengan PAS. Walaupun mereka adalah parti terbesar dalam PR namun tindak tanduk dan kenyataan pemimpin-pemimpin mereka seolah-oleh mereka tenggelam dalam kehebatan DAP. Semuanya dibuat atas dasar toleran dan ingin menang ke Putrajaya.

Dalam PRU13 lalu  ada penganalisis politik yang mengatakan isu agama dan bangsa tidak lagi relevan untuk diungkapkan dan ramai yang menerimanya. Saya tertanya-tanya; kalau begitu siapa lagi yang hendak bercakap tentang untung nasib agama Islam dan bangsa Melayu? Yang menghairankannya bangsa lain tetap mempertahankan hak mereka dan tidak pula orang kata mereka tidak relevan. Inilah peliknya bangsa Melayu, lemah lembut yang memakan diri.

Multi racial parti

Dalam keadaan demikian pun parti UMNO dan PAS gagal untuk berperanan apatah lagi kalau wujud single parti. Melihat kepada sejarah, jika orang Melayu tidak ubah sikap, saya tidak menolak kemungkinan orang lain akan akhirnya menjadi Ketua kepada kedua-dua parti terbesar orang Melayu ini. Saya juga tidak menolak kemungkinan negara buat pertama kalinya akan mempunyai ketua negara bangsa lain. Saya bukan cuba menakut-nakutkan pembaca tetapi sifat orang Melayu sangat terkenal dengan sikap tak kisah, tak mengapa, sangat forgiving, sangat accomodatif, tak mau bekerja kuat tapi mau harta dan kuasa dalam masa yang singkat, mudah dipengaruhi, membuatkan saya sedikit risau.  Kita ambil satu contoh sahaja; sekolah vernacular, sehingga  sekarang tidak dapat diselesaikan, sedangkan di Singapura sendiri tidak ada sekolah setiap kaum, yang ada hanya national school untuk semua orang.

Apakah dengan sikap sebegini ahli politik Melayu dapat mempertahankan Islam dan bangsa Melayu? Seandainya  “PARTI I MALAYSIA”  atau “PARTI IKATAN RAKYAT MALAYSIA” (contoh) menjadi kenyataan, maka apakah pemimpin Melayu dalam kedua-dua parti berkenaan akan dapat bercakap atas nama Islam dan Melayu lagi? Inilah persoalan besar yang harus rakyat fikirkan, kecualilah rakyat tidak kisah lagi kepada bangsa dan agama Islam.



Inilah DILEMA BARU MELAYU !!!


Baca seterusnya  di sini


No comments:

Post a Comment