Profesor Dr
Lily Zubaidah Rahim berkata, Presiden Melayu Pertama Singapura kini hanya
tinggal dalam lipatan sejarah dan tidak lagi diingati rakyat negara itu pada
generasi mutakhir ini.
Menurut Dr
Lily, ketika Singapura berusaha untuk bergabung dengan Malaya sekitar tahun
1963, kerajaan PAP (Parti Tindakan Rakyat) pimpinan Lee Kuan Yew mempotretkan
negaranya sebagai beridentiti Melayu dengan melantik Yusof bin Ishak sebagai
Yang di-Pertuan Negara menggantikan Sir William Allmond Codrington Goode,
Gabenor Singapura.
Lagu
kebangsaan Singapura juga berbahasa Melayu, “Majulah Singapura” yang digubah
pada tahun 1957 oleh seorang penggubah muzik filem yang terkenal pada masa itu,
Encik Zubir Said.
Begitu juga
dengan lambang bendera Singapura yang terdapat bulan dan bintang sebagai simbol
Islam dan para pelajar diwajibkan mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua di negara itu.
“Ironinya,
pada masa kini, elemen soalan ‘Siapa nama kamu ? Di mana kamu tinggal ? dan
perkataan ‘Majulah Singapura’ tidak lagi difahami oleh kebanyakan rakyat
Singapura.”
Dr Lily
berkata demikian dalam bukunya bertajuk “Singapore Dilemma in the Malay World,”
Routledge Taylor & Francis Group, 2009.
Pada 31 Ogos
1963, Singapura memperolehi kemerdekaan daripada pihak British apabila negara
itu menyertai Malaya (Persekutuan Tanah Melayu) dan Borneo Utara (Sabah &
Sarawak) membentuk negara Malaysia.
Dua tahun
kemudian, pada 7 Ogos 1965, Singapura dikeluarkan dari Malaysia kerana berlaku
rusuhan kaum apabila PAP sering mempertikaikan hak keistimewaan kaum
Bumiputera, menuntut persamaan hak antara Bumiputera dan bukan Bumiputera serta
melaksanakan sistem meritokrasi berasaskan konsep Malaysian Malaysia.
Rusuhan kaum
di Singapura pada tahun 1964 itu membawa kepada rusuhan kaum di Kuala Lumpur
pada 1969 yang lebih dikenali sebagai ‘Peristiwa 13 Mei.’
Pada 9 Ogos
1965, Singapura membentuk negaranya sendiri yang dinamakan Republik Singapura,
dengan Yusof bin Ishak dilantik sebagai Presiden dan Lee Kuan Yew menjadi
Perdana Menteri pertama.
Yusof Ishak
hanya bertahan menjadi Presiden Melayu pertama Singapura selama lima tahun,
dari 9 Ogos 1965 hingga saat beliau meninggal dunia pada 23 November 1970.
Selepas Yusof
Ishak tiada lagi Presiden Singapura berbangsa Melayu kerana selepas
kematiannya, jawatan Presiden itu diganti oleh Benjamin Henry Sheare, Devan
Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, Sellapan Ramanathan dan Dr. Tony Tan Keng
Yam.
Manakala
Setiausaha Agung PAP, Lee Kuan Yew pula memegang jawatan Perdana Menteri selama
31 tahun diganti dengan Goh Chok Tong dan pada 12 Ogos 2004, anak Kuan Yew, Lee
Hsien Loong mengambil alih semula jawatan Perdana Menteri Singapura hingga
sekarang.
No comments:
Post a Comment