Thursday, May 9, 2013




Ini yang mereka kata seluruh rakyat Malaysia? Seluruh rakyat Malaysia BANGKIT menentang BN?. Pengundi berdaftar adalah 13.2 juta rakyat Malaysia. Ini tak sampai satu peratus pun. Siap desak PBB ataupun campurtangan negara luar untuk selesaikan hal pilihanraya?

Nampak tak apa sebenarnya yang sedang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim. Apa yang kita lihat sekarang adalah,  dia membuktikan jika dia menjadi Perdana Menteri, segala keputusan akan membabitkan tangan-tangan ghaib negara luar.

Kemonnnnnn la Nuar.. Kemon.. Tak habis-habis nak desak negara luar campurtangan Pe Hal? Rakyat Malaysia yang mengundi Pakatan haritu sedar tak benda ni sedang berlaku? Betapa tidak kompeten Anwar ini sehinggakan kerapkali dia mendapatkan nasihat daripada negara luar berbanding Najib yang menjadi penasihat kepada pendamaian Bangsamoro?

Dan dalam masa yang sama, Anwar Ibrahim yang mengaku Islam dan Melayu sedang terpekik terlolong menghasut rakyat demi memenuhi nafsu kuasa dan ketidakwarasannya yang mahu menjadi Perdana Menteri, manakala sekumpulan bangsa Melayu dan Islam sedang duduk berbincang memikirkan hal perpaduan ummah demi kestabilan, keamanan dan kemajuan di Malaysia.

 

Mereka tidak terpekik terlolong mahu hancurkan keamanan dan mahu buat huru hara sehingga jalan jam teruk tadi. Mereka tidak menyusahkan anak-anak kecil dan orang tua berhimpit-himpit mendengar hasutan bebal dari seorang yang lagak seorang pemimpin namun berhati syaitan.

Mereka bincangkan perpaduan ummah. Mereka sedar akan usaha tangan-tangan yang mahukan keamanan terurai di Malaysia. Mereka tegas untuk bersatu padu demi anak bangsa serta agama.

Boleh faham mengapa perlu tolak Anwar dan pembangkang?

Saudara Armand, Ustaz Nasha, Dato Nadzim dan ramai lagi sudah duduk berbincang..tidak terpekik terlolong pun..


Baca seterusnya : di sini


No comments:

Post a Comment