Tuesday, May 7, 2013

Kerajaan Perlu Gempur Petaling Street Habis-Habisan



Menjual barangan tiruan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 3(1)(b) Akta Perihal Dagangan.

Jika sabit kesalahan penjual barangan tiruan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, manakala bagi kesalahan kedua, denda tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali bagi kes perseorangan.

"Bagi syarikat pula, denda tidak melebihi RM250,000 dan kesalahan kedua pula denda tidak melebihi RM500,000," katanya.

Undang-undang digubal di Dewan Rakyat. Bukan dibuat dibawah pokok atau di tepi longkang.

Apabila undang-undang dibuat oleh Dewan Rakyat, maka pihak kerajaan haruslah patuh kepada undang-undnag yang mereka sendiri buat. Bukannya buat undang-undang kemudian buat tak tahu pula dan biarkan orang melanggar undang-undang tersebut.

Umum mengetahui di Lembah Klang lubuk kepada segala produk tiruan adalah di Petaling Street. Dipamer dan dipasarkan secara terbuka. Bukannya jual secara sorok-sorok.

Mereka telah mencabar undang-undang yang kerajaan buat...

Kenapa kerajaan membiarkan perkara itu berlaku ?

Bukankah itu merupakan satu kesalahan ?

Kita berharap kerajaan baru yang akan dibentuk dalam masa beberapa hari ini supaya mengambil tindakan tegas ke atas  pengedar dan penjual barangan tiruan yang berpusat di Petaling Street. Jangan biarkan golongan-golongan tertentu bermaharajalela mencabar undang-undang yang digubal kerajaan.

Kita minta perkara ini dilakukan bukan kerana nak menganiaya mana-mana pihak atau kaum. Tetapi kerana ianya melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.

Baca seterusnya : di sini


No comments:

Post a Comment