MB SELANGOR PAS
SANDIWARA
AZMIN BERJAYA MEMPERBODOH PAS
Keputusan di
Selangor sangat jelas iaitu PAS menang 15 kerusi, DAP 15 dan PKR 13. Tidak ada
dalam dunia parti yang menang lebih besar dan diberikan tempat di dalam
perlembagaan (Undang-Undang Tuboh Negeri Selangor) tidak mahu memegang jawatan
Menteri Besar, melainkan parti itu sudah kena liwat terlalu jauh ke dalam
sehingga tidak mampu lagi menggerakkan badan dan minda mereka!
Dalam
konteks Selangor, sudah tentu yang paling layak ialah PAS kerana ketuanya
seorang Melayu dan Islam. Dua syarat ini sangat penting. Walaupun DAP turut
mendapat 15 tetapi ketuanya bukan Melayu dan bukan Islam. Maka secara automatik
terketepi.
Melihat
kepada situasi tersebut, Anwar telah meminta Azmin Ali supaya create suasana
kononnya pergaduhan dan perebutan kerusi jawatan Menteri Besar di antara Khalid
Ibrahim dengan Azmin Ali. Tujuannya supaya semua pihak akan bercakap Azmin Ali
yang layak, di sebelah pihak pula di dalam PKR juga akan mengatakan Khalid
Ibrahim paling layak.
Maka, orang
akan melihat perebutan yang layak hanya antara mereka berdua sahaja.
Maka, PAS
pun jadi pening kerana perebutan hanya berlaku di kalangan dua orang kuat PKR.
Tidak ada sesiapa di dalam PAS berkata Dr. Rani yang layak atau calon PAS yang
layak kerana lebih majoriti. Maka semua orang pun melupakkanlah dan tidak
memandang PAS.
Orang hanya
bercakap tentang Azmin Ali dan Khalid Ibrahim. Selepas sandiwara pertama, Azmin
Ali mula sejuk dan akhirnya Khalib Ibrahim kelihatan semakin relevan menjadi
Menteri Besar walaupun jumlah kerusi PKR lebih sedikit. Gaduh-gaduh mereka pun,
jawatan MB jatuh kepada PKR juga. Angguk-angguk PAS pula kelihatan menjadi
semakin bengong!
Sayang
sekali, PAS sangat suka diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim.
Alangkah
baiknya kalau mereka berkeras dan memegang tegas prinsip kemenangan bahawa
mereka lebih majoriti 15 kerusi maka merekalah lebih berhak menjawat jawatan
Menteri Besar.
Jika PAS
berjaya menjadi Menteri Besar, maka itulah peluang kepada mereka menerapkan
Pemerintahan Islam di Selangor dengan Menghapuskan Kilang Arak, Menghapuskan
pusat-pusat pelacuran, Melaksanakan Hudud di Selangor dan menetapkan Bukan
Islam di Selangor supaya membayar Jizyah kerana menetap di negeri pemerintahan
negeri Islam.
LGE SINDIR
PAS
Kalau di
Pulau Pinang, DAP boleh tunjuk PAS supaya ikut cara pemerintahannya, kenapa di
Selangor PAS tak boleh tunjuk DAP supaya mengikut pula cara pemerintahan mereka?
Apa pandangan anda?
Malahan
pula, Lim Guan Eng sindir PAS dengan kata-kata ini, "Dua negeri (Kelantan
dan Pulau Pinang) sudah mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar dan Ketua
Menteri. Saya fikir sepatutnya Selangor yang paling cepat,” katanya pada sidang
media selepas Persidangan Perwakilan DAP Kebangsaan.
PEMENANGNYA
IALAH
Khalid
Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor, esok. Bercakap
kepada pemberita selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris
Shah kira-kira pukul 11.30 pagi ini di Istana Bukit Kayangan, di sini, Abdul
Khalid berkata, istiadat tersebut akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang
bermula pukul 9 pagi.
YANG
KEMPUNAN IALAH
Anda jawab
sendirilah...
Baca seterusnya :di sini
No comments:
Post a Comment