Sunday, May 12, 2013

Muaknya Dengan Politik Tak Habis-Habis


anwar_contradict


ANWAR Ibrahim terbukti seorang pemimpin yang gagal.  Kalau tak sebab DAP dan agenda rasisnya, Pakatan haram yang dipimpin Anwar pasti tewas dan kehilangan lebih banyak negeri dalam pilihanraya umum yang lepas, bukan setakat Kedah sahaja.

Penulis tidak percaya ada orang yang sanggup berbelanja beratus ribu dan berjuta ringgit untuk bersaing dalam pilihanraya dan kemudian menuduh sistem ini tidak adil bila keputusan akhir tidak menyebelahi mereka.

Pilihanraya macam main bola jugalah, ada masa menang, ada masa kalah, malah seri pun boleh jadi juga.

Anwar dan macainya tahu ini.  Dia sendiri pun menang, anak dia menang, kekasihnya gaynya si Raspussy pun menang.  Apa yang tak adil lagi dengan sistem pilihanraya kita?  Malah kalau penulis nak sebut, dek sebab adilnya sistem pilihanraya negara ini, parlimen kita diisi semakin ramai golongan penzina, gay dan biseksual!!!

Nama saja negara Islam, tapi pendukung dan pengamal LGBT dalam parlimen bersepah di pihak pembangkang.

DAP sahaja ada 2, dulu sorang parlimen, sorang DUN.  Sekarang kedua-duanya dah jadi ahli Parlimen.  Tak payah sebut namalah, tapi kita semua tahu perkara itu, sebab muka salah sorang tu sikit punya jambu apa.

PKR jangan cakaplah, semua orang tahu – anak, bapak dan sebagainya.

Kita bukan nak sangat cakap ramainya golongan gay dan biseksual ini dalam Parlimen kita sekarang, tapi cuma nak tunjukkan inilah adilnya sistem pilihanraya Malaysia yang keputusannya sedang ditolak Anwar Ibrahim sekarang.  Tapi percayalah, bila tiba upacara angkat sumpah Ahli Parlimen nanti, Anwar akan ada disitu.

Dia cakap besar sekarang konon tak terima keputusan pilihanraya sekarang sebab parlimen belum nak bersidang lagi.  Hakikatnya banyak bukti Pakatan pembangkang menerima keputusan ini dengan baik.

Buktinya, semasa sedang menaip ini pun, 2 Menteri Besar dan Ketua Menteri pembangkang sudah mengangkat sumpah jawatan masing-masing.  Hanya Selangor saja yang belum sebab masing-masing tengah berentap hebat nak menentukan siapa patut jadi Menteri Besar. Namun pakatan haram khabarnya bersetuju Khalid Ibrahim dilantik  semula setelah Pas menolak jawatan tersebut. Dikalangan 3 parti pembangkang, PKR paling minoriti.

Anwar cetus perasaan tak puas hati dan himpunan haram sekarang inipun sebab nak tutup semua kelemahan dia, termasuk sinsing menyinsing lengan di Selangor serta insiden Lahad Datu.  Selain itu, keputusan PRU lepas menunjukkan partinya PKR susut 3 kerusi berbanding 2008, PAS susut 2 kerusi dan hilang satu negeri.

BN pula semakin menunjukkan prestasi baik, terutama di kalangan orang Melayu.

Betullah kerusi parlimen BN kurang 7 berbanding 2008, tapi kena ingat, tahun pada 2008, ada 8 kerusi parlimen yang dimenangi BN tanpa bertanding.  Sekarang ini bertempur di semua 222 kerusi Parlimen dan berjaya menang 133 kerusi.

UMNO sendiri meningkatkan kerusi dari 79 ke 88 – kurang satu kalau semua kerusi pembangkang dicampurkan sekali dan semua ini berlaku di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi seteru Anwar.

Pendek kata, kalau dibandingkan antara 2 pemimpin ini, Najib jauh lebih terer dari Anwar, itu yang dia tak puas hati tu!!

Baca seterusnya : di sini


No comments:

Post a Comment