Di Putrajaya... lebih tepat lagi Precint 7...
Jam: 6:49 petang
Seorang lelaki bernama Mohamad Nor Saufiq bin Abdul Halim,
23 tahun, dan merupakan seorang kakitangan sementara telah membuat aduan kepada
polis menyatakan, pada 3 Mei 2013, lebih kurang jam 11:53 malam, sekumpulan
penyokong Pakatan Rakyat yang menggunakan 15 buah motosikal dan 30 kereta dan
merupakan bukan penduduk Putrajaya telah cuba melakukan provokasi.
Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat tersebut membawa bendera
parti PAS, PKR dan DAP. Mereka telah berkumpul dan mula melakukan kekacauan di
hadapan khemah Markas BN yang terletak di hadapan Sekolah Presint 9(2).
Mereka dengan sengaja mengadakan kekecohan, sekaligus
membuatkan para petugas BN yang sedang memasang bendera terpaksa melakukan
laungan balas. Dalam masa yang sama, salah seorang daripada petugas BN telah
ternampak SEBILAH PARANG yang diselit di bahagian belakang pinggang salah
seorang penyokong Pakatan itu.
Bukti yang terdapat pada rakaman video dan gambar yang
diambil oleh salah seorang petugas BN, membuatkan Mohamad Nor Saufiq membuat
laporan polis kerana bimbang berlaku perkara yang lebih teruk terhadap para
petugas BN.
Keadaan ini juga telah menimbulkan keresahan kepada pengundi
terutama untuk keluar mengundi pada esok pagi
Di Petaling... lebih tepat lagi di Kuchai Avenue, Jalan
Kuchai Lama...
Jam 2:00 petang
Seorang lelaki, Nur Aliff bin Mohd Tafid, seorang kakitangan
JPAM telah membuat laporan polis apabila dia dipukul dan diugut oleh sekumpulan
5 orang lelaki berbangsa India dan Cina yang memakai vest tertera lambang DAP.
Dalam kejadian tersebut, pengadu sedang memasang bendera BN
di kawasan Kuchai Avenue, Jalan Kuchai Lama, Kuala bersama-sama seorang rakan.
Ketika itu datang seorang lelaki India dan empat orang lelaki Cina yang menaiki
motosikal dan memakai vest tertera lambang DAP. Kelima-lima lelaki tersebut
telah menyuruh pengadu menurunkan bendera yang dipasang .
Bagaimanapun, pengadu tidak mengendahkan arahan tersebut.
Suspek kemudiannya cuba memukulnya dan rakannya. Bagaimanapun pukulan tersasar
dan mengenai bahagian leher dan bahu. Pengadu membalas dan menolak suspek untuk
mempertahankan diri.
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment